PDRM Beri Diskaun Saman 50% dari 18 Januari hingga 1 Februari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk pesalah trafik yang membuat pembayaran saman secara dalam talian dari 18 Januari hingga 1 Februari ini.
Dalam satu laporan oleh Bernama, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.
“Tapi kali ini saya cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya,” kata Azisman.
Menurut Azisman lagi, orang ramai boleh membuat pembayaran secara dalam talian menerusi MyEG dan Rilex.com.
No Comment