Hyundai KONA Electric Catat Rekod Dunia Guinness
Hyundai KONA Electric telah mencatat Rekod Dunia Guinness apabila ia berjaya melengkapkan pendakian ke altitud setinggi 5,731 meter di Sawula Pass, Tibet.
Dengan pencapaian ini, KONA Electric telah membuktikan bahawa ia sememangnya sebuah SUV yang tahan lasak dan mampu menghadapi pelbagai keadaan cuaca yang teruk seperti suhu sejuk melampau, salji yang berterusan dan permukaan jalan yang berais.
Sepanjang tempoh cabaran tersebut, model tersebut dicas menerusi pengecas mudah alih yang disertakan bersama dengannya. Ia juga tidak mengalami sebarang masalah sepanjang pendakian.
Semasa turun dari puncak, sistem penjanaan semula kuasa yang pintar memastikan KONA Electric mempunyai kuasa yang mencukupi.
Diperkenalkan pada tahun 2018, KONA Electric menawarkan jarak pemanduan sejauh 452 km dengan satu cas penuh. Untuk ketenangan minda, ia didatangkan dengan waranti tiga tahun tanpa had perbatuan, manakala pek baterinya dilindungi oleh waranti untuk lapan tahun/160,000 km.
No Comment