Bateri Baharu Untuk Tesla Roadster Pada Ogos Ini
Dengan kejayaan dan berita mengenai Model S, agak memeranjatkan bila melihat tweet dari Elon Musk berkenaan berita terkini tentang Tesla Roadster. Ceritanya, seorang pemilik kereta sport dua pintu agak kecewa dengan kurangnya berita terkini tentang model itu dan menghantar twitter kepada Musk. Jawapan dari CEO Tesla ini berbunyi, “ bateri Roadster baharu akan mendapat pengesahan keselamatan sepenuhnya pada akhir bulan Julai ini, bermakna boleh mendapatkannya pada bulan Ogos.”
Naik taraf ini adalah perubahan fizikal dari segi rekaan perkakas untuk menambah rangkaian kereta mereka. Ianya dijangkakan bahawa bateri baharu ini akan mencapai 70kWh dan menyimpan lebih kurang 30% tenaga walaupun mempunyai dimensi yang sama. Terdapat juga aerodynamic bodykit baharu sedang dibuat, yang dilaporkan akan meningkatkan kecekapan daya seret Roadster kepada Cd 0.05, menurunkannya kepada Cd 0.31.
Walaupun Elise-based Roadster ini telah dikeluarkan tujuh tahun lalu dan masih dibayangi oleh model terdahulu yang lebih praktikal dan menarik, Tesla masih memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada model ini.
No Comment