Spyshot Mendedahkan Hilux 2016 Luar dan Dalam
Fotograf Hilux baharu telah dibocorkan di laman web, yang menunjukkan pick up baharu ini akan menampilkan kiu penggayaan supaya sama dengan barisan model Toyota yang lain. Lampu depan dan gril digabungkan, dipanjangkan dan dibina untuk menyerupai depan Corolla-esque
Hud depan juga kelihatan seperti telah dipanjangkan, mungkin untuk menaikkan zon crumple atau untuk memberikan penampilan yang lebih maskular. Melihat dari profilnya, kink baharu pada tingkap belakang nampak terserlah, sama juga dengan gerbang rodanya dengan rim roda aloi dengan corak yang menarik.
Tiada apa yang luar biasa pada bahagian belakangnya, cuma jalur krom dibawah lampu brek ketiga saja yang diubah. Bahagian dalamnya pula dapat dilihat stering roda empat-spoke berwarna hitam dan silver yang kelihatan seperti butnag kawalan media yang biasa. Sistem media yang besar seperti dikelilingi oleh butang dan mungkin terlalu kecil untuk memasukkan navigasi, tetapi ini mungkin sebagai pilihan saja. Terdapat juga tombol gear bulat pada hujungnya yang mungkin anjakan manual, yang kelihatan pada hujung fotograf.
Pilihan enjin turbodiesel untuk Hilux baharu dijangka menggunakan 2.4 liter yang menghasilkan antara 150-167PS dan 2.8 liter yang menghasilkan 177 PS. Pendedahan rasmi dijangka tiak lama lagi dengan maklumat terperinci dan gambar yang lebih baik.
No Comment