Minyak Enjin Shell Helix ECO Dilancarkan
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin sintetik sepenuhnya berkelikatan rendah yang baharu iaitu Shell Helix ECO 0W 20 untuk memenuhi keperluan kereta kompak moden dengan kapasiti enjin di bawah 1200 cc.
Produk ini dihasilkan khusus untuk kereta kecil, di mana enjinnya sering terdedah kepada keadaan pemanduan di bandar. Dengan formula kadar penyejatan rendah, ia menjanjikan ekonomi bahan api dan membantu melincirkan enjin bagi perlindungan yang lebih baik terhadap kehausan dan geseran.
“Kini pemilik kereta boleh menikmati penjimatan dari segi kos penyenggaraan yang lebih rendah kerana ia adalah minyak enjin premium sintetik sepenuhnya yang berupaya membersihkan enjin anda di samping memberikan perlindungan enjin yang optimum sehingga penukaran minyak yang seterusnya,” kata May Tan, Pengurus Besar Pemasaran, Shell Lubricants.
Shell Helix ECO 0W 20 ditawarkan dalam pek 3.5 liter yang sesuai digunakan bagi sekali penukaran minyak, dengan harga runcit yang disyorkan RM143.50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM144.20 bagi Sabah dan Sarawak.
Sempena pelancarannya, setiap pembelian didatangkan dengan pelindung matahari percuma. Tawaran ini sah dari 1 Mac 2020 sementara stok masih ada.
Pelanggan yang membeli Shell Helix ‘Untuk Pasaran Malaysia’ yang tulen dari bengkel Shell Helix yang berdaftar layak mengambil bahagian dalam program Shell Advantage and Rewards (SHARE). Ahli-ahli SHARE layak mendapat satu pek minyak enjin Shell Helix secara percuma bagi setiap empat pek yang dibeli dari cawangan runcit berdaftar.
No Comment