Pengeluaran BMW i8 Dihentikan April Ini
Ura-ura mengenai penghentian pengeluaran BMW i8 mula timbul apabila jenama itu memperkenalkan i8 Ultimate Sophisto pada penghujung tahun lalu. Kini, perkara itu telah disahkan oleh BMW sendiri.
Sejak dilancarkan ke pasaran enam tahun lalu, i8 dikatakan sebagai antara kereta sport elektrik paling laris di dunia dengan jualan melebihi 20,000 unit.
i8 diperkenalkan buat pertama kali di Frankfurt pada tahun 2013 sebagai simboliknya bermulanya strategi elektrifikasi BMW. Pada mulanya, gabungan enjin petrol 1.5-liter tiga silinder dan motor elektrik yang menghasilkan 357 hp dan 570 Nm.
Pada tahun 2018, versi facelift (LCI) muncul dengan kuasa yang lebih tinggi iaitu 369 hp yang dihasilkan oleh gabungan enjin dan motor elektrik yang sama. Turut dinaik taraf adalah kapasiti bateri iaitu dari 7.1 kWh kepada 11.6 kWh.
Versi terakhir i8 yang akan ditawarkan kepada pelanggan adalah Ultimate Sophisto yang hadir dengan warna eksklusif Sophisto Grey Brilliant Effect, rim 20 inci dan perincian E-Copper. Pengeluaran model ini terhad kepada 200 unit sahaja.
Selepas ini, BMW akan mengalihkan fokus mereka kepada model-model elektrik yang akan datang iaitu iX3, i4 dan iNEXT SUV.
No Comment