Honda Malaysia Tutup Operasi Dari 18 – 31 Mac 2020
Berikutan perintah kawalan pergerakan oleh Kerajaan Malaysia yang diumumkan semalam, Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia akan menutup operasi perniagaan buat sementara waktu dari 18 hingga 31 Mac 2020.
Operasi perniagaan yang terlibat dengan penutupan ini adalah kilang pemasangan Honda Malaysia di Pegoh, Melaka, pejabat jualan di Petaling Jaya serta semua wakil pengedar jenama itu di seluruh negara. Operasi perniagaan akan disambung semula pada 1 April 2020.
“Honda Malaysia akan terus mengawasi keadaan dengan teliti dan mengemaskini dengan sewajarnya. Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku pada masa ini,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan hari ini.
No Comment