Walaupun Ini Musim Perintah Kawalan Pergerakan Undang-Undang Jalan Raya Masih Berkuat Kuasa
Ramai pengguna jalan raya kini mengabaikan lampu isyarat.
Kami sudah keluar dua kali semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 ini. Sekali untuk ke kedai runcit dan sekali untuk membeli ubat. Semasa kedua-dua perjalanan, kami mendapati banyak pemandu kereta mengabaikan lampu isyarat dan peraturan jalan raya.
Sudah bertahun lamanya, kami sendiri menyaksikan 60% penghantar makanan dan kurier motosikal tidak mematuhi lampu isyarat kerana mengejar keuntungan. Ini merbahaya kepada mereka dan juga pengguna jalan lain.
Sekarang, semasa PKP ini, pemandu kereta pula melanggar undang-undang dan mengabaikan lampu isyarat dan ini sangat merbahaya.
Kami menyarankan agar para pemandu perlahankan kenderaan dan menggunakan hon mereka ketika menghampiri lampu KUNING bahkan lampu isyarat HIJAU kerana penunggang motosikal serta pemandu kereta di jalan bertentangan lain mungkin melanggar lampu merah mereka.
Sila berhati-hati apabila memandu di mana-mana persimpangan kerana pemandu di jalan bertentangan berkemungkinan besar tidak akan berhenti walaupun lampu merah. Kami sendiri hampir dilanggar dua kali dipersimpangan dan kami bernasib baik kerana kami memandu perlahan.
Walau bagaimana pun ianya JUGA TURUT merbahaya dan menyalahi undang-undang bila BERHENTI persimpangan jika lampunya HIJAU. Kami cadang pandu perlahan sambil pandang kiri kanan dan bunyikan hon bila nak seberang simpang lampu HIJAU.
Rakyat Malaysia, tidak biasa dengan pengunaan hon kenderaan mereka seperti pemandu di Indonesia dan India tetapi sudah tiba masanya kita mula menggunakan peralatan itu kerana ianya datang standard dengan kenderaan kita.
Lain kali anda memandu, sila tekan hon anda untuk memastikan ia berfungsi. Sekiranya rosak maka anda perlu melawat bengkel anda untuk membaiki atau menggantikannya.
Walaupun bahagian kereta ini sepatutnya kerap digunakan, ia biasanya diabaikan di sini. Hon kereta digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu lain tentang kehadiran anda atau untuk mendapatkan perhatian mereka untuk sesuatu.
Hon kereta biasanya terletak di tengah-tengah stereng untuk akses mudah. Hon biasanya dibuat kuat dan tahan sepanjang hayat kereta, tetapi kadang-kadang ianya tidak begitu. Sama seperti komponen elektrik lain di dalam kereta, ada masa apabila hon kereta perlu diganti kerana hakisan atau pendawaian terbakar. Bantuan seorang pomen untuk menggantikan hon kenderaan anda pasti akan mengurangkan tekanan anda. Terdapat juga fius yang mengawal jumlah kuasa yang digunakan hon. Sekiranya terdapat masalah dengan hon, perkara pertama yang perlu anda periksa ialah fiusnya. Sekiranya fiusnya tidak berfungsi, maka susahlah bagi bateri untuk menghantar kuasa yang diperlukan.
Hon perlu dibaiki atau diganti bila:
- Bunyi hon yang teredam
- Tidak ada bunyi bila menekan hon
- Hon sekejap berbunyi sekejap tidak
- Memandu tanpa hon boleh menjadi sangat berbahaya, itulah sebabnya mengapa ianya penting diperbaiki atau diganti tepat pada masanya.
Tags: auto, Empty Petaling Jaya roads, news, use your car horn
No Comment