Mazda Sedang Selidik Biofuel Karbon-Neutral Dari Alga
Biofuels dari pertumbuhan alga mikro. Itulah hala tuju penyelidikan Mazda akan ambil dalam masa yang terdekat ini. Alasan mereka mudah: bahan api cecair akan kekal dominan di seluruh dunia sekurang-kurangnya sehingga 2040, walaupun dengan semua sasaran elektrifikasi dipenuhi.
Dengan biofuel alga, hanya CO2 yang dilepaskan ke atmosfera semasa pembakaran. Dan ini adalah CO2 yang banyak dipindahkan oleh alga melalui fotosintesis untuk kesan ‘neutral karbon’ yang lebih banyak.
Strategi Mazda untuk ‘Lestari Zoom-Zoom 2030’ adalah sangat berbeza daripada kebanyakan saingannya. Mereka tidak akan bertumpu ke arah bateri-elektrik. Hanya lewat tahun lepas mereka mengumumkan kenderaan elektrik pertama mereka, MX-30. Dan itu tidak mempunyai jarak sejauh pesaingnya, tetapi ia pasti mencukupi. Kuasa hidrogen juga nampaknya tidak lagi dikejar mereka, walaupun mereka menunjukkan beberapa kemajuan dengan enjin rotary hydrogen Renesis mereka.
Sebaliknya, mereka telah menumpu untuk meningkatkan kecekapan enjin dan bahan api yang sedia ada. Enjin Skyactiv-X mereka adalah satu contoh hebat berkenaan ini.
No Comment