Allianz Kongsi Tips Beli Insurans Hayat
Jika anda berumur dalam lingkungan 20-an dan baru sahaja memulakan kerjaya anda, inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan untuk anda.
Kebanyakan belia tidak nampak keperluan membeli insurans hayat terlalu awal dalam hidup. Anda muda dan sihat, adakah ia benar-benar perlu untuk membeli insurans hayat seawal ini? Jawapannya ialah ya dan lebih awal lebih bagus.
Ketua Pegawai Jualan, Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Ong Pin Hean berkongsi sedikit tip yang baik tentang membeli insurans hayat dalam usia muda anda.
Kad Perubatan vs Insurans hayat
Ia adalah perkara biasa bagi belia tidak menyedari tentang kepentingan membeli insurans hayat. Ong berkata: “Selalunya tumpuan mereka lebih kepada pembelian kereta atau bersedia untuk memulakan perancangan untuk membeli rumah. Jika mereka berfikir untuk membeli insurans, ia selalunya tentang membeli kad perubatan. Sekiranya mereka berfikir bahawa kesejahteraan dan kesihatan sentiasa berpihak kepada mereka, ia adalah sebuah tanggapan yang salah.”
Membeli insurans ketika anda muda
Mempunyai polisi insurans hayat akan menjadi jaring keselamatan kewangan untuk keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia secara tidak diduga dan ia boleh menggantikan sumber pendapatan yang hilang dan melangsaikan hutang. Pemegang polisi yang lebih muda dan sihat juga akan menerima perlindungan yang lebih komprehensif kerana anda dianggap mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tambahan pula, anda mampu berjimat lebih banyak menerusi pembayaran premium.
Mencari polisi insurans yang terbaik
Tiada satu polisi yang memenuhi keperluan semua, tetapi Allianz PowerLink boleh dikatakan paling hampir dengannya. Pelan tersebut menawarkan anda perlindungan insurans perubatan dan hayat yang mempunyai elemen pelaburan didalamnya dan menjadikan Allianz penanggung insurans sehenti anda. Ong menasihati: “Jika anda mampu membayar premium, anda juga boleh memilih untuk dapatkan perlindungan tambahan.”
Allianz PremierLink juga menawarkan perlindungan hayat untuk mereka yang inginkan perlindungan insurans hayat yang lebih di atas perlindungan sedia ada dengan premium serendah RM250 sebulan untuk polisi insurans hayat yang berjumlah RM1 juta.
Untuk maklumat lanjut tentang Allianz PowerLink dan Allianz PremierLink, sila layari allianz.com.my/powerlink dan allianz.com.my/allianz-premierlink. Anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Allianz di talian 1-300-22-5542.
No Comment