MINI Malaysia Lancar Kempen MINIMISE
MINI Malaysia hari ini melancarkan kempen MINIMISE yang menyediakan pelbagai tawaran menarik sempena musim lebaran yang bakal tiba. Turut dilancarkan adalah platform tempahan digital pertama jenama itu iaitu MINI eShop.
Menerusi kempen MINIMISE, pelanggan berpeluang menikmati kadar faedah menarik yang bermula daripada 0% untuk Countryman Plug-In Hybrid, serta rebat tunai berjumlah RM16,000 dan bantuan bayaran ansuran sebanyak RM5,000.
Pembeli Countryman Plug-in Hybrid juga akan dihadiahkan kabel pengecasan MINI Public Charging Cable serta kad ChargeNow bagi mendapatkan akses pengecasan secara percuma selama setahun di 309 fasiliti ChargeNow di seluruh negara.
Selain itu, kempen MINIMISE turut menawarkan bantuan bayaran ansuran berjumlah RM3,000 sehingga RM5,000 bagi pelbagai model jentera MINI, termasuk rebat tunai berjumlah RM8,000 sehingga RM22,000. Tawaran ini terhad bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada.
Sementara itu, MINI eShop merangkumkan kesemua model-model kenderaannya dan dilancarkan untuk membolehkan pelanggan menempah kenderaan MINI dari rumah masing-masing.
No Comment