Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Talaan Manhart
Setelah memperkenalkan pakej naik taraf untuk Toyota GR Supra pada April lalu, Manhart kini kembali dengan produk terbaru khas untuk pemilik Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic.
Dikenali sebagai SV600, pakej ini menyaksikan kuasa yang dihasilkan oleh enjin supercharge 5.0-liter V8 itu meningkat kepada 600 PS dan 750 Nm menerusi pemetaan semula ECU.
Untuk perbandingan, versi standard mempunyai 550 PS dan 680 Nm, dan boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 274 km/j. Manhart bagaimanapun tidak menyatakan sebarang angka prestasi bagi pakej ini.
Selain itu, Manhart turut menaik taraf sistem ekzos bagi menyerlahkan lagi bunyi supercharger jentera ini. Rim berukuran 23 inci dan set pelekat berwarna kelabu turut disertakan untuk penampilan yang lebih garang.
Bahagian dalaman dibiarkan standard namun syarikat talaan itu menyediakan pelbagai pilihan naik taraf untuk mereka yang mahukan personalisasi.
No Comment