Berita Auto

Kereta Sport Renault Akan Bersaing Dengan Model TT & Boxster

Renault mungkin akan umumkan kereta sport Alpine moden yang pertama akan memasukki perlumbaan 24 jam Le Mans bulan depan. Konsep itu akan pratonton sebuah kereta yang masih dalam produksi dan bakal menyaingi model seperti Audi TT dan Porsche Boxster.  Renault akan menghidupkan kembali jenama Alpine selepas 20 tahun ia ditamatkan pengeluaran untuk mencipta imej booster kerana mencari langkah naiktaraf di Eropah bagi  meningkatkan keuntungan.

renault-a110-alpine

CEO. Carlos Ghosn telah meluluskan pelaburan sebanyak 600 juta euro dalam penjenamaan dalam usahanya untuk membawa Renault bersaing dengan jenama kereta Jerman yang lain.  Carlos mahu menghidupkan kembali supercar Renault iaitu Alpine A610.  Pada tahun 1991, Renault melancarkan kereta sport dengan enjin yang dipasang pada bahagian belakang Alpine A610 dan ianya satu kejayaan pada GTA.  Kereta ini telah dibangunkan oleh kilang Alpine, dimilikki oleh Renault dan menikmati teknologi terbaik dari segi prestasi.  Ia menggunakan enij V6 rear menawarkan 250 atau 280hp dari enjin 3-liter turbo.  Kereta sport ini boleh mencapai100 km/j dalam masa 5.5 saat dan kelajuan tertinggi pada 290 km/j.  (gambar seperti dibawah)

renault-a610-alpine3

Konsep ini memperlihatkan kereta sport dengan output hingga 250 hp yang berharga antara 30,000 euro dan 35,000 euro.  Ia akan memberikan harga jualan kereta ini pada paras harga dibawah model Audi TT dan lebih murah dari Porsche Boxster.  Melihat pada harga Audi TT di Malaysia yang diberikan semasa pelancaran baru baru ini, iaitu dibawah RM290 ribu, Renault baharu ini mungkin akan dijual di bilik pameran di Malaysia pada harga dibawah RM250 ribu.  Apa yang menariknya, kereta sport ini mungkin akan diukuti dengan Alpine SUV.

renault-a110-alpine2

Bernard Olivier, Ketua Alpine telah memberitau bahawa beliau akan melancarkan Alpine pada akhir tahun depan dan menjual kereta sport ini di Eropah dan pasaran membangun utama dalam tahun 2017.  Kereta ini akan dipasang enjin pada bahagian belakang dan produksi akan dibuat sekitar 3,000 unit setahun dengan maksimum sebanyak 5,000 unit.  Ia akan dibina di kilang Renault di Aieppe, Perancis Utara, jelas beliau.

renault-a110-alpine3

Kereta Alpine akan diberi rekaan yang ringan dengan teknologi dari rakan kongsi Renault iaitu Nissan dan Daimler.  Renault telah pun mendedahkan konsep Alpine, konsep kereta A110-50 di perlumbaan Monaco Formula One 2012. Kereta ini dikuasakan oleh 400hp dari enjin V-6 3.5 liter yang dipasang pada posisi pertengahan belakang.

Alpine telah ditubuhkan pada tahun 1950an dan telah dikenali dikalangan peminat kereta sport A110 dan Berlinetter, yang telah diperkenalkan pada tahun 1962.  Renault menghentikan pengeluaran Alpine pada tahun 1995 kerana tidak memberi keuntungan.  Jualan hanya mencapai kemuncak pada hanya 2,000 unit kereta setahun sekitar tahun 1980an.

renault-a110-alpine1

 

Previous post

Toyota dan Mazda Bekerjasama

Next post

OETTINGER 500R, Kelajuan Tertinggi Lebih 300 KM Sejam

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *