EV atau Plug-In Hybrid? Mana Satu Yang Mendominasi?
Lebih banyak kenderaan elektrik sepenuhnya telah dijual di Eropah tahun lepas dari plug-in hybrid, tetapi model ini dijangka akan melangkaui model EV pada masa depan apabila lebih ramai pembikin auto mengembangkan tawaran model plug-in. Penjualan kenderaan berkuasa bateri meningkat hingga 73 peratus kepada 58,244 unit di pasaran EU dan EFTA pada tahun 2014. Jumlah untuk model plug in dan kenderaan extended-range naik 26 peratus kepada 39,547. Nissan Leaf adalah model EV paling laris di Eropah pada tahun lepas berjumlah 15,134 unit iaitu 38 peratus pada tahun sebelumnya. Mitsubishi Outlander PHEV adalah model plug-in hybrid paling laris di rantau ini dengan jualan sebanyak 19,855, peningkatan sebanyak 141 peratus.
Walaubagaimanapun, jualan model plug-in akan melepasi jualan EV apabila pembikin auto memperkenalkan lebih banyak model berangkaian kuasa yang menjimatkan minyak, yang akan dipasangkan pada enjin petrol atau diesel. Model plug-in hybrid mempunyai rangkaian yang sama dengan kereta konvensional berkuasa minyak tetapi boleh juga dipandu untuk jarak dekat dengan emisi sifar pada kuasa elektrik saja, sebagai contoh di pusat bandar.
Buat masa ini, 10 dari 17 model plug-in hybrid yang dijual di Eropah dibina oleh pengeluar Jerman. Volkswagen Group, BMW dan Mercedes-Benz telah mengenalpasti model ini sebagai satu strategi untuk melalui kemungkinan peraturan EU CO2 emisi yang lebih ketat untuk dekad akan datang. Volvo juga mempunyai strategi plug-in yang agresif. Pembikin auto Sweden ini merancang untuk menawarkan pelbagai varian rangkaian kuasa. Ianya dianggarkan bahawa produksi plug-in hybrid secara global akan berjumlah 1.35 juta pada tahun 2020 dan naik berganda untuk 5 tahun seterusnya iaitu 2.7 juta. Ini hanya mengambil kira 2 peratus dari pembinaan kenderaan ringan seluruh dunia. Jualan global kereta elektrik-bateri dibawah 1 juta pada tahun 2020.
No Comment