Lamborghini Mengesahkan Urus Bagi Tahun 2018
Berikutan dengan maklum balas yang positif tentang perancangan Bently dan Roll-Royce menghasilkan konsep kenderaan utiliti mereka, Lamborghini meneruskan rancangan mereka untuk menghasilkan Urus.
Konsep Urus telah dipamerkan pada tahun 2012 sebagai dream pipe untuk Lamborghini, adalah satu ujian pasaran. Tetapi dengan permintaan yang semakin meningkat bagi SUV mewah, ia mungkin apa yang Lamborghini perlu menambah supercar yang telah sedia ada – iaitu Huracán dan Aventador.
Pengeluaran Lamborghini SUV baharu di Sant’Agata Bolognese akan melihat perkenmbangan penting di tapak kilang, meningkat dari yang paling terbaru iaitu 80,000 meter persegi untuk seluas sekitar kawasan 150,000 meter persegi.
Projek ini termasuklah pembinaan kemudahan baru, seperti barisan pengeluaran baru, pergudangan dan pembesaran jabatan R&D. Penambahan garis model ketiga akan meyediakan peluang penting bagi rangkaian pembekal di Itali dan di peringkat antarabangsa, dan mempunyai kesan yang kuat ke atas sumber manusia : Lamborghini bercadang untuk mengambil 500 orang pekerja baru.
No Comment