Kini Wilayah Utara Semenanjung Pula Terima Pakai Scania Ecolution
SuperNice adalah syarikat pertama di wilayah utara yang berdaftar untuk Scania Ecolution.
Scania Ecolution adalah sebuah perkongsian khusus antara Scania dan pelanggannya untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan secara langsung membantu mengurangkan pembebasan Karbon Dioksida Co2 ke udara. Perkongsian khas ini juga bertujuan untuk membantu pengurangan kos operasi justeru membantu kepada peningkatan keuntungan sambil memenuhi permintaan inisiatif mesra alam yang semakin meningkat.
SyarikatExpress Seni Budaya (M) Sdn Bhd (Express Seni Budaya), melalui jenama SuperNice Express (SuperNice) menjadi syarikat bas ekspress pertama di wilayah utara Semenanjung Malaysia berdaftar untuk Scania Ecolution. Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk mengurangkan jejak karbon serta membantu menjaga alam sekitar.
Majlis tandatangan telah dimeterai antara Pengarah Jualan Scania Asia Tenggara, Daniel Tan Soo Liang (Daniel Tan) dan Pengarah Urusan Express Seni Budaya, Roy Chew Kok Yong (Roy Chew) yang dilangsungkan di Bread History Sdn Bhd (Bread History), sebuah kedai roti dan restoran bertempat di Caltex kawasan Rehat dan Rawat Juru. Penyerahan kunci Scania K360IB4x2NB juga dilaksanakan maka ini meningkatkan armada SuperNice kepada 35 buah bas.
Bread History telah menyediakan ruang menunggu pertama dan titik pengambilan yang lengkap dengan ruang makan dan minuman serta kemudahan tandas untuk penumpang SuperNice hasil daripada gabungan usaha kedua-dua syarikat ini. Ini adalah rancangan bersama untuk membuka lebih kemudahan servis sebegini di kesemua cawangan Bread History sekitar wilayah utara.
“Apabila Scania diperkenalkan kepada saya, saya melihat terdapatnya peluang untuk melakukan sesuatu yang baik untuk komuniti. Bas Scania terkenal dengan sistem penggantungan udara yang unggul dan ciri-ciri keselamatan pada Electronic Braking System. Selain dapat memberikan para penumpang saya keselesaan yang mewah, saya juga sangat gembira kerana Scania mengambil arah dan inisiatif yang betul untuk memastikan alam sekitar yang lebih bersih dan hijau untuk kita semua” kata Roy Chew.
“Disebabkan itulah saya telah mendaftarkan 14 buah bas Scania kami untuk Scania Fleet Management System (FMS) dan akan juga mendaftar untuk Scania Driver Services tidak lama lagi. Dengan latihan serta panduan daripada Scania, saya yakin pemandu-pemandu saya akan diberikan bimbingan yang sepatutnya untuk menyerlahkan lagi kemahiran memandu mereka dan dapat memupuk sikap yang lebih positif terhadap bas Scania di bawah jagaan mereka,” tambah Roy Chew lagi.
Seperti kesemua bas Scania yang telah menyertai armada SuperNice daripada tahun 2015, Scania K360IB4x2NB adalah dibiayai melalui Scania Credit (M) Sdn Bhd. Scania K360IB4x2NB semuanya dilengkapi dengan kotak gear Opticruise, penggantungan udara, Electronic Braking System depan dan belakang, perencat, dan 3 sensor penggera kebakaran. Kesemua ciri-ciri ini adalah untuk memastikan para penumpang dapat menikmati keselesaan dan keselamatan dalam bas-bas milik SuperNice.
“Sebagai pembekal penyelesaian pengangkutan mampan, kami amat berbesar hati kerana SuperNice menyertai Scania Ecolution yang akan membawa SuperNice ke arah keuntungan yang lebih baik melalui penggunaan bahan api yang lebih rendah serta mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida Co2 ke alam sekitar,” jelas Daniel Tan.
Ditubuhkan pada tahun 1985, SuperNice merupakan anak syarikat Unimax Group of Companies (Unimax). Unimax merupakan kumpulan utiliti dan infrastruktur terkemuka dengan pelbagai perniagaan di bawah empat bahagian iaitu Commercial Fuels and Lubricants; Transportation and Logistics; Energy; dan Building Materials. Selain SuperNice, Roy Chew juga menerajui Unimax sebagai Pengerusi Kumpulan bersama Joshua Tan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Dato Seri Amran Romli sebagai Pengarah yang bertanggung jawab ke atas urusan syarikat dan kerajaan serta pembangunan perniagaan.
No Comment