Goodyear Beri Sokongan Pada Tentera Melalui Kempen Rallies NASCAR
Untuk enam tahun berturut turut, Goodyear Tire & Rubber Company, pembekal tayar eksklusif untuk tiga siri NASCAR menarik peminatnya untuk memberi sokongan pada tentera US melalui program amalnya ‘Goodyear Giver Back’ untuk organisasi Support Our Troops.
Melalui program ini, Goodyear mengubah tayar lumba NASCAR dengan menggantikan rekaan sidewall ‘Eagle’ dengan ‘Support Our Troops’ pada semua tayar yang digunakan semasa minggu Memorial Day di Charlotte Motor Speedway. Usaha ini bertepatan dengan pelancaran lelongan amal Goodyear di www.Goodyear.com/GivesBack, yang akan menampilkan NASCAR memorabilia yang ditandatangani, pengalaman berlumba bertaraf VIP dan memnadu di Goodyear Blimp.
Hasil dari program ini adalah untuk membantu tentera Amerika dan ahli keluarga mereka. Setakat ini, Goodyear Gives Back telah menjana hampir $1 juta tunai dan produk yang diderma untuk menyokong usha ini.
No Comment