Bisnes

Jualan Global Porsche Masih Bertahan Walaupun Dilanda Pandemik

Umum mengetahui bahawa industri automatif terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 namun ada sesetengah jenama yang nampaknya mampu bertahan dengan baik setakat ini.

Porsche, misalnya, mengumumkan bahawa mereka menyerahkan 191,457 unit kenderaan kepada pelanggan di seluruh dunia dari Januari hingga September tahun ini, hanya lima peratus lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Walaupun pasaran-pasaran lain seperti Eropah, Jerman, Amerika Syarikat dan China menunjukkan penurunan sebanyak dua hingga 23 peratus, rantau Asia Pasifik, Afrika dan Timur tengah secara kolektif menyaksikan peningkatan sebanyak satu peratus iaitu dari 86,235 unit tahun lalu kepada 87,030 unit tahun ini.

Dari segi jumlah, China kekal sebagai pasaran terbesar untuk Porsche dengan penyerahan kenderaan mencecah 62,823 unit. Di Eropah, 55,483 unit kenderaan Porsche berjaya dijual manakala di Amerika Syarikat, jualan mencecah 39,734 unit.

Dari segi model, Cayenne menjadi model paling laris dalam tempoh sembilan bulan pertama 2020 dengan 64,299 unit terjual, diikuti oleh Macan dengan 55,124 unit. Model 911 yang ikonik menyaksikan penyerahan sebanyak 25,400 unit manakala Taycan menunjukkan tanda-tanda positif dengan jualan sebanyak 10,944 unit.

Previous post

Ducati Streetfighter V4, Scrambler 1100 Pro Kini di Malaysia

Next post

Hummer EV Diperkenalkan Secara Rasmi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *