Perodua Menyediakan Pemeriksaan Keselamatan Percuma Hari Raya dengan program Tweckbot
Perodua akan menyediakan 50-point pemeriksaan keselamatan percuma untuk semua kenderaan Perodua di lokasi terpilih sempena bulan Ramadan yang akan datang dan sambutan Aidil Fitri. Perodua akan melancarkan program Tweckbot kedua tahun ini menjelang Ramadan untuk membantu memastikan perjalanan kenderaan Perodua ke kampung halaman untuk menyambut hari pertama Ramadan bersedia untuk perjalanan yang jauh.
Lokasi pasukan Tweckbot adalah seperti berikut:
Kawasan Pantai Timur:
12-14hb Jun – Kuantan Parade, Kuantan
30, 31 Julai & 1 Ogos – Giant K.Terengganu, Giant Gong Badak , Terengganu
Kawasan tengah:
12 -14hb Jun – Giant Shah Alam, Shah Alam
31Julai, 1 & 2 Ogos – Giant Shah Alam, Shah Alam
Terma dan Syarat:
Pasukan Tweckbot SAHAJA menjalankan pemeriksaan kenderaan dan mereka akan terus memberi nasihat kepada pemilik sama ada kenderaan perlu diservis atau tidak atau memerlukan untuk pembaikan. 50-tempat pemeriksaan keselamatan termasuk semakan enjin, semakan transmisi, sistem penyejuk (termasuk tahap penyejuk serta kipas angin dan suhu), pemeriksaan sistem brek (termasuk cecair brek dan brek pad), semakan sistem stereng, semakan sistem klac, semakan tayar, semakan sistem suspensi, semakan sistem elektrik (termasuk bateri, lampu dan wiper) dan diagnosis enjin. Diskaun 20% bagi alat ganti dan aksesori akan diberikan kepada semua kenderaan yang kembali ke cawangan perkhidmatan kami dan pengedar. (mengikut Terma dan syarat)
No Comment