Bosch Malaysia Melaporkan Pertumbuhan Kewangan Tahunan Yang Telah diKemaskini
Bosch, pembekal terkemuka dunia bagi teknologi dan perkhidmatan, melaporkan ada peningkatan dalam jualan pihak ketiga di Malaysia sebanyak 14 peratus kepada hampir RM 552 juta (127 million euros) pada tahun 2014.
Jumlah jualan bersih juga meningkat pada tahun 2014 sebanyak 24 peratus kepada RM3.6 billion (828 million euros). Jumlah ini termasuk jualan syarikat tidak-disatukan dan penghantaran dalaman kepada syarikat-syarikat lain.
“Malaysia adalah lokasi yang penting bagi Bosch, sebagai pusat pengeluaran dan pasaran untuk produk dan perkhidmatan kami.
Memandangkan permintaan global dan tempatan yang semakin meningkat, terutamanya dalam informasi hiburan kereta dan alat-alat elektrik, kami menjangka untuk mencapai pembangunan jualan positif juga pada tahun-tahun akan datang, “kata Simon Song, Pengarah Urusan Bosch Malaysia.
No Comment