Gaya Hidup / Lifestyle

BMW dan INTERSCHUTZ 2015

Dari apa yang kami boleh beritau, INTERSCHULTZ adalah seperti pertunjukkan motor tahunan yang khusus memenuhi keperluan servis penyelamatan.

Di Hanover, sebagai peneraju pengeluar kenderaan dan motorsikal premium, BMW akan menunjukkan rangkaian kenderaan untuk fungsi kecemasan yang dibuat khas, keduanya pada dua roda ataupun empat roda, untuk memenuhi permintaan bukan saja untuk fungsinya, prestasi dan keselamatan, tetapi juga ketahanan dan kos yang efektif.

BMW-INTERSCHUTZ-4

BMW akan mempersembahkan empat kenderaan – termasuk dua motorsikal – kepada profesional seluruh dunia.  Visi BMW i3 akan menyambut tayangan perdananya sebagai kenderaan ‘fire service’, pertama kali model BMW dipindahkan ke bidang ini.

BMW-INTERSCHUTZ-3

Di ruang pameran BMW Group di dewan 25, versi fire service BMW X3 xDrive20d menambah pencerahan keupayaan fungsi pelbagai BMW X siri.  Untuk penghantaran kelajuan tinggi, pertama sekali ia akan bertindak pada kebakaran dahulu, BMW R 1200 RT Firexpress, motorsikal kecemasan yang cemerlang.  Bersama BMW F 800 GS sebagai motorsikal kecemasan, ianya menunjukkan faedah yang berkaitan dengan pertukaran profesional motorsikal.

BMW-INTERSCHUTZ-6

 

Previous post

Honda Malaysia Keluarkan Kenyataan Berjaga-jaga Ke Atas 46,710 Buah Kenderaanya

Next post

BMW Gabungkan algoritma dengan ConnectedDrive untuk Ramalan Parkir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *