Mansang Logistic Sarawak Pertama Terima Trak Generation XT & Sokongan Kewangan Scania
Mansang Logistics Sdn Bhd telah memecahkan rekod dengan menjadi syarikat pertama dalam beberapa kategori setelah menerima Scania ‘New Truck Generation’ P250B4X2NZ XT jenis ‘rigid’ bersama kontena penyejuk di cawangan baharu Jualan dan Servis Scania Malaysia, Kuching. Trak ini merupakan Scania ‘New Truck Generation’ yang pertama, XT yang pertama dan jenis ‘rigid’ yang pertama, di Sarawak.
Penyerahan kunci telah dilaksanakan oleh wakil Scania Asia Tenggara, Phang Yee Fong, ‘Regional Manager for East Coast & East Malaysia’, kepada Henry Tiong, Pengarah Mansang Logistics.
Scania ‘New Truck Generation’ XT dibina khas untuk ketahanan terhadap persekitaran yang mencabar, menjamin ‘uptime’ dan meningkatkan produktiviti, dengan bahagian dalaman serta luaran yang lebih kukuh dan teguh. Trak ini juga dilengkapi dengan bampar keluli, perisai pelindungan dan peranti penarik untuk mengatasi semua rintangan dengan ‘uptime’ yang maksimum.
Semua Scania ‘New Truck Generation’ direkabentuk untuk memberikan pemilik trak kecekapan bahan api dan pengurangan pelepasan karbon dioksida kerana ianya dilengkapi dengan ‘powertrain’ yang maju serta aerodinamik untuk memberikan ekonomi bahan bakar sebanyak 3%.
Kabinnya mempunyai kerusi boleh laras rapat dengan pintu, papan pemuka ergonomik dan cermin depan diperluaskan untuk memudahkan pemandu beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
Mansang Logistics juga telah menandatangani kontrak ‘Inclusive Repair dan Maintenance’ (R&M) untuk memudahkan operasi mereka. Mansang Logistics juga mendapat faedah dengan kos yang diramal atas keseluruhan kitaran hidup Scania XT daripada penyelesaian pembiayaan fleksibel yang disediakan melalui Scania Credit Malaysia.
No Comment