Undang - Undang

Salah Ke Kalau Kita Video Pegawai Polis?

Terdapat sedikit huru-hara mengenai kesahihan penggambaran pegawai polis di Malaysia, terutama sekali berikutan pelaksanaan PKPB dikebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia. Sekali lagi, sekatan jalan raya polis dilaksanakan.

Walaupun perbincangan mengenai penggambaran pegawai polis diungkitkan pada awal tahun ini ketika PKP dilaksanakan, ia timbul kembali kerena apa yang berlaku dengan aktivis pelajar Wong Yan Ke, yang boleh anda baca dengan lebih lanjut di sini.

Selepas kejadian itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed membuat kenyataan berhubung penggambaran pegawai polis. Walaupun dia mengatakan bahawa pengambaran filem atau mengambil gambar petugas polis bukanlah suatu kesalahan, dia mengatakan “berdasarkan penyelidikan, jika ianya dikongsikan, disebarkan dan ditularkan, ianya boleh mengganggu proses penyiasatan.”

Oleh itu, jika kereta anda mempunyai dashcam dan ia berfungsi semasa anda berada di sekatan jalan, itu tidak apa. Tetapi sekiranya anda membuat rakaman polis memeriksa kereta di hadapan anda dengan dashcam anda dan anda berkongsi klip itu dalam talian, anda mungkin menghadapi masalah. Sudah tentu, membuat penggambaran menggunakan telefon pintar anda semasa memandu akan mendatangkan pelbagai masalah bagi anda, jadi hindarilah dari melakukan perkara itu sama sekali.

Adakah ini adil? Ingat, pegawai polis pun manusia. Siasatan boleh terjejas secara negatif atau diperlahankan apabila didedahkan kepada umum. Kadang kala persepsi masyarakat diputarbelitkan, persepsi penyiasatan yang tidak memihak sesiapa atau penyiasat itu sendiri mungkin dipengaruh oleh komen yang dibuat. Kemungkinan suspek dan saksi yang lain juga akan mendapat amaran awal jika video itu dikongsikan, yang juga dapat mempengaruhi penyiasatan.

Sebaliknya, masyarakat Malaysia juga perlu melindungi diri dari kemungkinan ancaman, penggunaan kekerasan yang berlebihan, fitnah. Semua ini membimbangkan ketika ketelusan dan kepercayaan terhadap badan-badan kerajaan dipersoalkan.

Inilah pendapat Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP mengenai perkara ini.

“Kenyataan oleh Pengarah CID Bukit Aman, Huzir Mohamed bahawa mengambil gambar atau merakam video polis yang menjalankan siasatan mereka adalah satu kesalahan di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan adalahy terang-terang salah dan memberikan gambaran bahawa polis takut dirakam ketika menjalankan siasatan.

Seksyen 186 Kanun Keseksaan
Menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya
Barang siapa dengan sengaja menggalang mana-mana penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda yang boleh sampai sepuluh ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

The phrase “voluntarily obstructs” is unambiguous and refers only to situations where one actively does something that hinders a police officer from carrying out his duties.

Ungkapan “Menggalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya tidak jelas dan hanya merujuk kepada situasi di mana seseorang secara aktif melakukan sesuatu yang menghalang pegawai polis menjalankan tugasnya.

Bagaimanakah tindakan pasif untuk merakamkan penyiasatan di dalam bidang seksyen 186?

Ianya bukan untuk Huzir mengatakan bahawa rakaman polis yang menjalankan siasatan adalah salah kerana ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh mahkamah setelah mempertimbangkan semua bukti yang berkaitan dengan perkara itu.

Malah Ketua Polis Negara sendiri telah mencetuskan idea kamera badan untuk pegawai polis dahulu, jelas untuk tujuan meningkatkan ketelusan dalam proses penyiasatan.

Adakah Huzir mengatakan bahawa kamera badan itu juga haram?

Kalau kita ikut logik Huzir, rakaman kamera CCTV pegawai polis yang menjalankan siasatan juga menyalahi undang-undang?

Tidak ada salahnya merakam seorang pegawai polis yang menjalankan tugasnya selagi ini dilakukan tanpa menghalangnya. Sebenarnya, ini harus didorong untuk meningkatkan ketelusan proses penyiasatan.

Huzir harus berhenti membuat kenyataan umum seperti ini dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada situasi tertentu yang melibatkan rakaman pegawai polis tidak salah atau tidak berdasarkan bukti.

Previous post

Saksikan Pengembaraan Mazda CX-30 Menyeberang Kazakhstan!

Next post

BMW Vision iNEXT Hidup Sebagai iX

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *