Gaya Hidup / Lifestyle

Shell Menawarkan Pengalaman ‘Ultimate Car Engine Rejuvenating’ Secara Percuma di Festival #LoveMyRide

Seramai lima ratus pemandu yang bertuah akan menikmati pengalaman ‘ultimate engine rejuvenating’ untuk kereta mereka di Festival “#LoveMyRide” yang dianjurkan oleh Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd minggu ini.

LoveMyRide-Shell-05

Festival yang pertama seumpama ini,  untuk pencinta kereta, menampilkan kombinasi yang tiada tandingan, Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus dan bahan api Shell V-Power Racing, yang telah diadakan di  Pusat Pameran dan Konvensyen MARTRADE (MECC), Kuala Lumpur, pada 13 dan 14 Jun 2015 dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

DSC07900

Kereta-kereta bertuah yang telah dipilih dari lebih seribu permohonan dalam talian yang dikumpul pada minggu-minggu yang membawa kepada acara tersebut dan setiap satu daripada 500 kereta menerima pakej ‘rejuvenation’ bernilai RM600 dari Shell Malaysia.

DSC07917

Di acara tersebut, Shell Malaysia cuba untuk menetapkan rekod untuk berapa jumlah kereta yang menukar minyak hitam dalam masa 12 jam dengan Malaysia Book of Records.

LoveMyRide-Shell-74

Pencapaian yang hebat ini melibatkan 100 orang pelajar mekanik dari Kolej Despark dan bengkel berjenama Shell Helix; anggaran  6,000 liter minyak enjin sintetik sepenuhnya Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus dan 15,000 liter bahan api Shell V-Power Racing.

LoveMyRide-Shell-79

Sementara menunggu kereta mereka menjalani pakej ‘ultimate rejuvenation’, peserta berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti festival di MECC. Terdapat banyak trak makanan dan gerai-gerai yang dibuka di seluruh kawasan dan banyak permainan yang menyeronokkan serta aktiviti untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

LoveMyRide-Shell-90-600x400

Terdapat juga pameran yang dijalankan oleh rakan kongsi Shell dalam industri permotoran iaitu: Ferrari, BMW dan Mazda.

LoveMyRide-Shell-88

FullSizeRender

 

IMG_2783 (1)

Previous post

Jaguar XE, Direka Untuk Saingi BMW 3-Series

Next post

Hyundai Sonata Dianugerahkan antara 10 Kereta Keluarga Terbaik oleh Majalah Parents Dan Edmunds.com

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *