Berita Auto

Mercedes-Benz GLA Generasi Kedua Masuk Pasaran Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan model kelapan dalam barisan SUV-nya iaitu Mercedes-Benz GLA. Model ini diperkenalkan di peringkat global pada Disember tahun lalu dan hadir tiga bulan selepas pelancaran GLB.

Untuk model generasi kedua, GLA menampilkan bentuk badan yang lebih mirip kepada SUV dengan kedudukan tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan yang lebih tinggi.

Dengan ukuran panjang 4.41 meter, ia merupakan model paling pendek dalam portfolio Mercedes-Benz. Walaupun lebih kecil jika dibandingkan dengan model terdahulu, ia menawarkan ruang dalaman yang lebih luas terutamanya pada ruang kaki tempat duduk belakang dan ruang bagasi.

Untuk pasaran Malaysia, GLA ditawarkan dalam varian GLA 200 Progressive Line dan GLA 250 AMG Line. Berikut adalah spesifikasi dan harga bagi setiap varian.

GLA 200 Progressive Line

Harga

  • RM244,199.82 tanpa SST
  • RM252,888 dengan SST bermula 1 Januari 2021

Transmisi & teknologi

  • Enjin petrol 1.3-liter empat silinder (163 hp & 250 Nm)
  • Transmisi automatik 7G-DCT
  • Sistem suspensi Comfort
  • Dynamic Select

Ciri luaran

  • Rim aloi 18 inci
  • Pakej Mirror
  • Rel bumbung aluminium
  • Cermin pandang belakang dengan fungsi redup automatik
  • Cermin sisi lipat berkuasa elektrik
  • Lampu LED High Performance
  • Pakej Progressive Line
  • Pengelap cermin dengan sensor hujan

Keselesaan & ciri dalaman

  • Sokongan lumbar 4 hala
  • Tempat duduk Comfort
  • Pemegang cawan berkembar
  • Tempat duduk hadapan dengan pelarasan elektrik dan fungsi memori
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Stereng multifungsi sport dengan kemasan kulit
  • Pakej Light and Sight
  • Pakej muatan
  • Kemasan siling fabrik hitam
  • Sistem kawalan iklim automatik Thermatic
  • Karpet lantai Velour

Keselamatan & pakej bantuan

  • Bantuan brek aktif
  • Bantuan parkir aktif dengan Parktronic
  • Sistem penggera anti-kecurian
  • Pakej perlindungan anti-kecurian
  • Cruise Control
  • Tailgate Easy-Pack
  • Akses bebas tangan
  • Pakej Keyless-Go
  • Beg udara lutut
  • Sistem Pre-Safe
  • Penunjuk status tali pinggang keledar belakang
  • Pakej parkir dengan kamera undur
  • TIREFIT
  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • Sistem pemantauan dalaman

Sistem multimedia

  • Paparan instrumen digital
  • Android Auto
  • Apple CarPlay
  • Modul komunikasi (LTE) untuk servis Mercedes me connect
  • Fungsi MBUX
  • Informasi trafik secara langsung
  • Sistem multimedia MBUX
  • Paparan media
  • Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz
  • Pad sentuh

GLA 250 AMG Line

Harga

  • RM285,386.66 tanpa SST
  • RM295,888 dengan SST bermula 1 Januari 2021

Transmisi & teknologi

  • Enjin petrol 2.0-liter empat silinder (224 hp & 350 Nm)
  • Transmisi automatik 8G-DCT
  • Suspensi Comfort yang direndahkan
  • Sistem Direct-Steer
  • Dynamic Select

Ciri luaran

  • Pakej AMG Line
  • Rim aloi 19 inci
  • Pakej Mirror
  • Rel bumbung aluminium
  • Cermin pandang belakang dengan fungsi redup automatik
  • Cermin sisi lipat berkuasa elektrik
  • Lampu LED High Performance
  • Pengelap cermin dengan sensor hujan

Keselesaan & ciri dalaman

  • Sokongan lumbar 4 hala
  • Tempat duduk Sport
  • Pemegang cawan berkembar
  • Tempat duduk hadapan dengan pelarasan elektrik dan fungsi memori
  • Tempat duduk belakang boleh lipat
  • Stereng multifungsi sport dengan kemasan kulit Nappa
  • Pakej Light and Sight
  • Trim aluminium
  • Kemasan siling fabrik hitam
  • Pedal penukar gear tergalvani
  • Pencahayaan ambien
  • Sistem kawalan iklim automatik Thermatic
  • Panel ambang pintu AMG bercahaya
  • Karpet lantai AMG

Keselamatan & sistem bantuan

  • Bantuan brek aktif
  • Bantuan parkir aktif dengan Parktronic
  • Sistem penggera anti-kecurian
  • Pakej perlindungan anti-kecurian
  • Bantuan titik buta
  • Cruise Control
  • Tailgate Easy-Pack
  • Akses bebas tangan
  • Pakej Keyless-Go
  • Beg udara lutut
  • Sistem Pre-Safe
  • Penunjuk status tali pinggang keledar belakang
  • Pakej parkir dengan kamera undur
  • TIREFIT
  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • Sistem pemantauan dalaman

Sistem multimedia

  • Paparan instrumen digital
  • Android Auto
  • Apple CarPlay
  • Modul komunikasi (LTE) untuk servis Mercedes me connect
  • Fungsi MBUX
  • Navigasi cakera keras
  • Informasi trafik secara langsung
  • Sistem multimedia MBUX
  • Paparan media
  • Sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz
  • Pad sentuh
Previous post

Teksi Tanpa Pemandu 'Robotaxi' Sedang Diuji di Amerika Syarikat

Next post

Alfa Romeo Ucap Selamat Tinggal Kepada 4C Spider Dengan Model Edisi Khas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *