VOTY / Anugerah / Pameran Motor

Hyundai Elantra Dinamakan Sebagai Finalis Anugerah Car Of The Year

Kami percaya mereka akan menang anugerah ini

Dilancarkan awal tahun ini, sedan kompak Korea Selatan ini disenarai pendek untuk anugerah berprestij ini bersama Genesis G80 dan Nissan Sentra. Pemenang anugerah ini akan diumumkan melalui acara maya pada 11 Januari 2021.

Hyundai Elantra Named As North American Car Of The Year Finalist

Sekiranya Elantra muncul sebagai pemenang dalam anugerah berprestij ini, ini akan menambahkan lagi isi kabinet piala mereka yang terus membesar. Tambahan terbaru ialah kemenangan dalam Anugerah Belian Terbaik Kelley Blue Book 2021.

Sedan pemenang pelbagai anugerah ini baru saja dijual di Malaysia, diimport secara rasmi oleh Hyundai Sime Darby Malaysia. Dengan harga RM158,888 (termasuk cukai jualan), Elantra hanya ditawarkan di sini dalam satu varian serba lengkap, yang dikuasakan oleh enjin empat silinder 123 PS / 154 Nm tork, 1.6 liter aspirasi semula jadi yang dipadankan dengan Intelligent Variable Transmission CVT.

Mengenai anugerah ini, selain dari anugerah Car of the Year Amerika Utara, 50 wartawan automotif profesional dari Amerika Syarikat dan Kanada yang membentuk juri terhormat untuk ‘anugerah kenderaan baharu paling lama yang tidak dikaitkan dengan mana-mana penerbitan, laman web, stesen radio atau televisyen’ juga akan menganugerahkan Kenderaan Trak dan Utiliti Amerika Utara Tahun 2021 Terbaik di acara yang sama.

Tiga finalis untuk anugerah Truck of the Year 2021 ialah Ford F-150, Jeep Gladiator dan Ram 1500 TRX. Untuk mahkota Utiliti Kenderaan Tahun 2021, pertarungan adalah antara Ford Mustang Mach-E, Genesis GV80 dan Land Rover Defender.

KENYATAAN MEDIA

The 2021 Hyundai Elantra has just been named one of the three finalists for the prestigious 2021 North American Car of the Year award. The winner will be announced in January 2021 during a virtual event.

“To make it to the top three is a real honor for us given a field of strong competitors,” said Olabisi Boyle, vice president, Product Planning and Mobility Strategy, Hyundai Motor North America. “The Elantra family has lots of choices for customers. If you are looking for technology, performance or fuel economy we have you covered.”   

This year’s finalists were picked by a jury of 50 respected jurors from print, online, radio and broadcast media across the U.S. and Canada. Jurors evaluate the finalists based on segment leadership, innovation, design, safety, handling, driver satisfaction and value for the dollar. 

The top three were picked from an initial list of 17 vehicles that had to be either all-new or substantially changed to be eligible for the COTY title.

Previous post

Perodua Rocky Kena Tangguh Ke Suku Kedua 2021

Next post

Honda CBR250RR Kini di Malaysia - RM25,999

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *