Volvo Car Malaysia Lanjutkan Waranti Bateri Hibrid Untuk Semua Model PHEV
Disebabkan respon yang memberangsangkan, Volvo Car Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menawarkan lanjutan bateri hibrid lapan tahun/160,000 km kepada semua model kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) Volvo yang dijual bermula dari 3 Disember 2015.
Syarikat itu sebelum ini menawarkan program lanjutan bateri hibrid hanya kepada model PHEV Volvo baharu yang didaftarkan bermula dari 1 Januari 2020.
Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata bahawa ini adalah cara syarikat menunjukkan rasa terima kasih kepada pelanggan awal dan juga kepada mereka berusaha untuk membuat keputusan yang lebih mampan dengan membeli model PHEV.
Pada masa yang sama, Volvo Car Malaysia turut menganjurkan peraduan #MYVolvoJourney di mana pelanggan yang membawa kereta untuk diservis atau dibaiki di mana-mana pusat servis bertauliah Volvo berpeluang untuk memenangi 10 hadiah mingguan berupa beg tote kulit Sandqvist bernilai RM2,146 dan tiga hadiah utama iaitu set beg Thule bernilai RM7,753.
Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu mendaftar menerusi kod QR yang disediakan oleh pusat servis, mengemukakan bukti servis dan menulis cerita kreatif pendek mengenai pengalaman mereka di pusat servis Volvo. Peraduan ini bermula dari 4 hingga 31 Disember 2020.
Pemenang mingguan akan diumumkan setiap Jumaat bermula 11 Disember 2020 manakala pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 8 Januari 2021. .
No Comment