Lubang Jalan Dekat Mid Valley Meragut Nyawa Lelaki Berumur 75 Tahun
Baru saja minggu lalu, kita nampak apa yang berlaku kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bila mengayuh basikalnya masuk lubang di jalanraya. Walaupun kami yakin kejadian itu mengakibatkan Khairy Jamaluddin cedera ringan, dia sendiri mengatakan bahawa dia tidak apa-apa.
Hari ini keadaan bertukar menjadi suram dengan laporan The Vibes mengenai seorang penunggang motosikal berusia 75 tahun meninggal dunia setelah melanggar pothole (lubang jalan).
Kejadian berlaku awal pagi ini berhampiran Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Penunggang motosikal itu, yang dikenali sebagai Ho Yan Yee, melanggar lubang jalan di Jalan Tengah, hilang kawalan motosikalnya dan jatuh. Dia mati di tempat kejadian.
Walaupun ada preseden undang-undang bagi warganegara Malaysia untuk menerima pampasan dari kerajaan dan JKR kerana pengabaian jalan berlubang, bagaimana pula urusan pampasan mangsa ini atas kehilangan nyawa adalah satu perkara yang lain.
Masih belum ada kenyataan terhadap kejadian ini disiarkan oleh akaun media sosial JKR. Minggu lalu, akaun twitter JKR Kuala Langat membalas tweet KJ dalam beberapa jam selepas aduan tersebut. Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof juga belum memberi kenyataan tentang insiden jalan berlubang terbaru ini.
Beberapa hari yang lalu, JKR berjanji akan memperbaiki lubang jalan dalam 24 jam setelah menerima aduan. Ini adalah pembaharuan kempen “Aku Janji Zero Potholes” mereka.
Berikut adalah beberapa petikan dari Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL, Zulkefly Yahya:
“Kami dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.30 pagi hari ini yang berlaku setelah penunggang motosikal itu hilang kawalan motosikalnya di Jalan Tengah, menuju ke Mid Valley. Siasatan awal menunjukkan bahawa penunggang motosikal itu melanggar lubang jalan, menyebabkan mangsa jatuh ke tanah. “
Sekadar peringatan, salah satu kaedah paling senang untuk melaporkan lubang jalan adalah melalui Waze, tetapi, buat masa ini ia hanya berfungsi di Selangor.
Cara Melaporkan Lubang Jalan Dengan WAZE
- Apabila anda berjumpa dengan mana-mana lubang jalan, minta penumpang anda sentuh dan tekan ikon Laporan.
- Menekan ikon Laporan akan menawarkan tiga jenis laporan.
- Sambil masih menekan ikon Laporan, gerakkan ibu jari anda untuk memilih Hazard.
- Pada Menu Hazard, pilih Hazard On Road.
- Kemudian pilih Pothole (lubang jalan)
- Ketik Send (hantar) untuk berkongsi laporan.
- Tunggu Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor menambak lubang jalan itu dalam lebih kurang 5 hari.Enjoy a smoother drive once the pothole is patched
Lain-lain cara untuk melaporkan lubang jalan:
- http://aduan.jkr.gov.my/ atau https://pcb.spab.gov.my/eApps/system/index.do?aplCode=en or https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do or https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30044
- Telefon 03-2610-8888 atau 03-2618-9000
- Email: aduan.jkr@1govuc.gov.my atau komunikasi.jkr@1govuc.gov.my
- Lawati atau tulis kepada: Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
- Melalui aplikasi Respons Rakyat iOS or Android
No Comment