Galeri Penuh Kereta Lumba Ford GT, Pertama Kali di 24 Hours Le Mans Tahun Depan.
Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Ford akan kembali ke 24 Hours Lemans pada tahun 2016, setengah abad setelah kereta legenda mereka GT40 menjuarai kejohanan tersebut. Kini kami telah dapat gambar Ford GT yang memang menarik yang akan bersaing dengan saingan lamanya dan juga yang baru pada tahun depan di Circuit de la Sarthe.
Pelumba akan memaparkan teknologi Ford yang paling maju dan eksperimental, termasuk enjin paling berkuasa twin-turbocharged EcoBoost V6 dan bentuk badan dari gentian karbon. Ford bekerjasama dengan Multimatic Motorsports dan Roush Yates Engines untuk mendapatkan yang terbaik bagi kereta mereka, yang sama dengan varian di atas jalan yang juga dijangka akan dikeluarkan tahun depan.
Dengan kemenangan Porsche dalam pertandingan tahun ini, perlumbaan Le Mans 2016 bakal menyaksikan pertembungan antara pesaing lama. Jadi kita akan dapat menjangkakan satu perlumbaan sengit.
No Comment