Bisnes

Volvo Car Malaysia Capai Jualan Tertinggi Sejak Penubuhannya

Prestasi jualan global Volvo Cars bagi tahun 2020 mungkin menyaksikan sedikit penyusutan, namun di Malaysia syarikat itu menikmati pertumbuhan positif walaupun berdepan cabaran COVID-19.

Menurut Volvo Car Malaysia, mereka berjaya mencatat jualan sebanyak 1,950 unit pada tahun lalu, sekaligus memecahkan rekod 1,883 unit yang dicapai pada 2019. Syarikat itu berkata bahawa ini merupakan prestasi jualan tertinggi sejak ia ditubuhkan.

Seperti kebanyakan pengeluar automotif tempatan lain, jualan Volvo Car Malaysia terjejas teruk pada separuh pertama tahun lalu dengan penurunan sebanyak 56.1%. Syarikat itu berjaya memulihkan prestasinya pada separuh kedua dengan pengecualian cukai jualan kenderaan, serta pengukuhan rangkaian selepas jualan dan amalan digital baharu.

Antara inisiatif digital yang diperkenalkan adalah sistem pesanan dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dari rumah serta Digital Silent Salesman (DSS) 2.0, sebuah platform yang menyediakan segala maklumat dan perincian mengenai kenderaan Volvo di bilik pameran seluruh Malaysia.

Selari dengan pelannya untuk mencapai kelestarian, Volvo Car Malaysia turut melancarkan Volvo Green Planet, sebuah kempen yang disasarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang impak jejak karbon. Menerusi kempen ini, pelanggan digalakkan untuk memandu uji kenderaan Volvo dalam mod elektrik dan mereka juga diberikan biji benih untuk ditanam.

Untuk 2021, syarikat itu akan meneruskan momentum prestasi tahun lalu, di samping memperkenalkan lebih banyak produk baharu untuk membantu pelanggan membuat pilihan yang lebih lestari dan terus mempromosikan transformasi digital.

Previous post

Hyundai Elantra Dinobatkan Sebagai Kereta Terbaik Amerika Utara 2021

Next post

JCB Pothole Pro Memperbaiki Lubang Jalan Dalam Hanya 8 Minit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *