Jualan Chevrolet dan Kempen Servis Balik Kampung
Chevrolet Malaysia menawarkan pelbagai pakej untuk model terpilih dalam tempoh Hari Raya ini. Selain itu, pelanggan juga boleh memenangi penggunaan samaada Chevrolet Malibu atau Cruze semasa tempoh Hari Raya melalui pertandingan Naza Quest di halaman Facebook Chevrolet Malaysia. Semua pemilik Chevrolet juga boleh menikmati promosi servis ‘Balik Kampung’, bagi memastikan perjalanan mereka selamat dan selesa.
Jualan Hari Raya & Kempen Servis disediakan di Pusat Chevrolet yang rasmi. 0% wang pendahuluan, Percuma Insurans Kenderaan, Percuma Cukai Jalan, Rebat Tunai Menarik, Percuma Baucar Membeli-belah, Percuma Baucer Petrol adalah untuk tempoh yang terhad sahaja hanya dari ; 19 Jun – 31 Julai, 2015 dan bergantung kepada model yang dipilih.
Pemilik bagi model Chevrolet Malibu, Sonic, Captiva, Cruze, Orlando dan Colorado akan menerima semakan servis 40 titik percuma, (multiple-diagnostic-interface) percuma imbasan diagnostik apabila mereka menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan dan juga percuma ‘Chevy Bear’ apabila bil menjangkau sehingga nilai tertentu. Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat perkhidmatan masing-masing seawanya untuk membuat temujanji untuk mengelakkan kekecewaan.
Selaras dengan Hari Raya – Jualan Chevrolet dan Kempen Servis “Balik Kampung”, Naza Quest juga menyampaikan kepada pelanggan dengan Peraduan Facebook “Raya dengan Chevrolet”. Ia adalah satu pertandingan foto mingguan dimana pemenang akan dipilih dipilih berdasarkan kreativiti fotografi mereka dan menjawab jawapan yang betul untuk soalan yang dinyatakan. Pelanggan perlu unuk hanya ‘Like’ Chevrolet Malaysia Facebook Page dan mengemukakan sekeping gambar kreatif dan keterangan berdasarkan tema dan hashtag #rayawithchevrolet. Seorang pemenang mingguan akan dipilih. Akan terdapat dua pemenang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Chevrolet, sila hubungi 1-800-2-CHEVY (24389) atau kunjungi www.chevrolet.com.my. Follow MyChevroletChevrolet_MY Facebook dan Twitter untuk maklumat & tawaran terkini Chevrolet Malaysia.
No Comment