Pusat Servis, Pengedar Volkswagen Beroperasi Seperti Biasa
Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai pelaksaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Volkswagen Passenger Cars Malaysia mengesahkan bahawa semua pengedar sah dan pusat servis Volkswagen di seluruh negara kekal beroperasi.
Ketenangan minda pelanggan menjadi keutamaan, justeru Volkswagen akan memastikan tahap kebersihan yang ketat dilaksanakan di semua pengedarnya. Ini termasuklah sanitasi di premis dan kenderaan, pemeriksaan keselamatan yang teratur, daftar masuk aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu.
Bagi memberi kemudahan kepada mereka yang lebih gemar berada di rumah, Volkswagen eShowroom dibuka 24 jam. Ia menawarkan penjimatan dalam talian yang eksklusif bersama rebat Tahun Baru Cina. Perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam radius 20km dari pengedar yang pelanggan pilih adalah percuma.
Bagi pemilik kenderaan, semua pusat servis Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan inisiatif ‘Safe Hands’ yang ketat. Ini merangkumi penerimaan kenderaan tanpa sentuhan, taklimat video, sanitasi sebelum dan selepas servis, bayaran tanpa tunai menerusi e-invois serta pengambilan kenderaan tanpa sentuhan. Para pemilik dinasihatkan supaya menempah slot servis mereka secara dalam talian.
Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan terus beroperasi. Jika ada kecemasan, hubungi sahaja talian bebas tol 1800-88-2389. Pasukan Volkswagen Customer Care juga boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-18-8947 atau menerusi mesej langsung di saluran media sosial Volkswagen.
No Comment