Gaya Hidup / Lifestyle

VW Group Akan Berpecah Kepada Empat Syarikat

VW Group, pembikin auto kedua terbesar di dunia, telah dilaporkan berpecah kepada empat syarikat induk berbeza.  Setiap syarikat induk akan mengambil 3 dari 12 jenama kereta VW Group dan meneruskan trend semasa VW Group iaitu komponen dan perkongsian teknologi.  Langkah ini bertujuan untuk membawa keluar struktur tegar bekas Pengerusinya, Ferninand Piech, yang memfokus pada pendekatan atas-bawah kepada pengurusan.

f199d686a27a41cc8392325de5edb86b

Langkah pengagihan kuasa ini bertujuan untuk mencipta sebuah syarikat yang lebih fleksibel yang boleh bertindak balas lebih baik terhadap permintaan dan perubahan pasaran.  Ini adalah senarai jenama manakah yang akan dikumpulkan bersama.

Syarikat bagi kereta penumpang, Volkswagen, Seat dan Skoda akan diketuai oleh Herbert Diess, yang pernah bekerja untuk BMW. Porsche, Bentley dan Bugatti akan diuruskan oleh CEO Porsche, Matthias Mueller, oleh kerana ke tiga tiga jenama ini berkongsi kebanyakan peralatan. Audi dan Lamborghini bersama motor Ducati dibawah pengurusan Executive Audi, Rupert Stadler.

Sudah tentunya, tiga jenama terakhir ini adalah difokuskan kepada kenderaan komersial – Volkswagen Commercial Vehicles, Scania dan MAN.  Bekas Eksekutif dari Daimler, Andreas Renschler akan menguruskannya.

VW-Companies-600x469

Previous post

Marie Sjödin Enström Dilantik Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara Yang Baru

Next post

Kempen Servis Nissan X-Trail, Teana, & Liberty MPV Dengan Beg Udara Penumpang Takata

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *