Ford Focus ST & Fiesta ST Habis Di Jual Di Serata Dunia
Jualan Ford Focus ST dan Fiesta ST performance hatchbacks jauh melebihi jangkaan hinggakan Ford terpaksa mengubahsuaikan jadual produksi kereta kereta ini di kilang masing-masing. “Kami konservatif sedikit apabila membuat perancangan awal kedua-dua produk ini jadi kami sedang berusaha sekarang untuk meningkatkan pengeluaran,” kata Sarah Rock, Pengurus Jenama Fokus dan Fiesta ST. “Mereka kini mengalami kadar jualan tertinggi di Ford Amerika Utara dan bilik blilk pameran Eropah.” Ford berkata kedua-dua model dijual dua kali lebih cepat dari model asas. Model Performance adalah 8% jumlah jualan Focus dan Fiesta ST dan trend ini dijangka bertambah lagi sebaik saja pelarasan produksi dibuat.
Selama beberapa dekad, segmen hot-hatch dikuasai oleh VW GTI yang ikonik. Pengeluar kereta Jerman ini menjangka perangsangan yang lebih besar dari pengenalan model serba-baru generasi ke-7 mereka baru-baru ini. Model-model ini tidak perlu dipasarkan sangat kerana kebanyakan pelanggan menerima berita perkembangannya melalui media sosial. Mereka juga telah menerima rangsangan daripada pemandu rali Ken Block, yang sering berlumba dengan kereta kereta high-performance Fokus dan Fiesta.
“Tiga perempat daripada pelanggan kami adalah aktif di media sosial, jadi ia adalah satu cara utama untuk mencapai mereka,” kata Ford. “Kami mempunyai 230,000 peminat Facebook, dan GTI, yang lebih lama dalam segmen ini, mempunyai separuh bilangan peminat berbanding kami.”
No Comment