Servis / Selepas Jualan / Penyelenggaraan / Mod

Petua Memandu Kenderaan Turbo Menurut E-Owners Manual Perodua

Pemanduan kereta berenjin TURBO lain sedikit.

Jika anda diantara beribu yang sudah menerima atau yang menunggu ketibaan crossover semua baharu Perodua Ativa kesayangan anda yang anda baru beli kami pasti sebahagian besar daripada anda tidak pernah memandu kenderaan berenjin TURBO dan ini adalah kali pertama anda memilikinya.

Perodua-Ativa-Booking-Front-Face-20.0

Jadi, bagi mereka yang tidak biasa memandu kenderaan TURBO dan anda jenis yang malas baca manual, disini ada beberapa petua yang harus kita amalkan agar enjin turbo anda senantiasa dalam keadaan tip-top, sehat dan tahan lama.

Melahu (Idling) Sebelum Menghentikan Enjin*

  • Untuk mencegah kerosakan pada unit turbo, biarkan enjin melahu selama satu atau dua minit sebelum menghentikan kenderaan sejerus selepas memandu laju atau mendaki bukit.

*Melahu tidak perlu dilakukan sekiranya enjin dimatikan oleh sistem eco IDLE.

Enjin Terlampau Panas

Enjin akan menjadi terlampau panas apabila memandu didalam keadaan berikut:

  • Mendaki bukit semasa cuaca panas.
  • Berhenti mengejut atau mengurangkan kelajuan secara mengejut sejurus selepas memandu laju.

Pemanduan Mesra Alam Sekitar

Kenderaan yang tidak dilengkapi dengan paparan pelbagai maklumat warna TFT

Petua Memandu Turbo - Petanda Mod Eco - 3.0

Semasa memandu dalam mod mesra alam sekitar, penunjuk pemanduan eco akan menyala. Penunjuk ini akan berkelip apabila kenderaan berhenti atau apabila injak pemecut ditekan lebih daripada perlu. Penunjuk pemanduan eco tidak akan diaktifkan dalam keadaan berikut:

  • Apabila tuil anjak tidak berada pada kedudukan D
  • Apabila kelajuan kenderaan melebihi 110 km/j
  • Apabila memandu dalam mod kuasa

Petua Pemanduan Jimat

  • Pecut kenderaan anda secara serdehana. Elakkan daripada memecut atau membrek secara tiba-tiba. Cuba pandu pada kelajuan yang sama sejauh yang boleh.
  • Elakkan daripada memandu pada tahap kelajuan yang tinggi.
  • Anda dinasihatkan memandu menggunakan gear yang paling tinggi apabila memandu laju. Ini boleh mengurangkan bunyi bising enjin dan pengunaan bahan api.
  • Ambil masa secukupnya untuk membantu kederaan bergerak dengan sempurna. Kenderaan memerlukan bahan api yang lebih untuk menggerakkan semula selepas berhenti.
  • Pandu dengan berhati-hati dan selenggarakan kenderaan anda dengan baik. Ini akan mengekalkan prestasi asal kenderaan anda dan menjimatkan pengunaan bahan api.
  • Jangan membawa muatan lebih.
  • Jangan membiarkan enjin melahu sekiranya tidak perlu.
  • Matikan penyaman udara sekiranya tidak diperlukan.

Baiklah itu saja. Berjaga -jaga dan berhati – hati ketika memandu. Jangan lalai. Kalau pemikiran dah mula nyanyuk, mabuk apa pun atau mengantuk, jangan memandu! BERHENTI. Pakir kenderaan ditempat selamat. Panggil kenalan bawak balik atau guna teksi / ride-hailing balik. Ambil balik kereta bila dah kembali siuman.

Petikan petua dari eownersmanual.perodua.com.my

Previous post

Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition Hanya Untuk Eropah

Next post

Hyundai Palisade, Kona Facelift Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *