Gaya Hidup / Lifestyle

BMW Rangkul Anugerah ‘Engine of the Year’ Buat Tiga Tahun Berturut Turut

Bukanlah satu perkara yang memeranjatkan apabila BMW membawa pulang anugerah ‘Engine of the Year’ sejak beberapa tahun lalu.  Kenapa tidak?. Rangkaian motor TwinPowerTurbo telah mula menjadi milik mereka, membuktikan kelancaran yang anda boleh jangkan dari kereta continental, manakala menawarkan kuasa yang banyak dan kecekapan yang superlatif.

ac_schnitzer_bmw_i8_3

BMW i8 bertanggungjawab ke atas dua anugerah ini, dengan rangkaian kuasa hibrid yang telah mereka semula pasaran hibrid secara efektif.  Ia terdiri dari motor turbocharged 1.5 liter 3-silinder yang menghasilkan 231 hp, dan juga motor elektrik yang menghasilkan 131 hp.  Enjinnya juga dalam kelasnya yang tersendiri apabila merangkul anugerah ‘Enjin Baharu Terbaik’, pada tahun pertama kali diadakan.

BMW-Engine-of-the-Year-2015-i8-M3-M4-3

Anugerah ‘Engine of the Year’ agak pelik kerana ianya tidak mengabaikan enjin yang telah dilancarkan pada tahun sebelumnya.  Ini kerana tidak banyak enjin baharu dilancarkan setiap tahun dengan para pengeluar cuba memanjangkan jangka hayat enjin mereka dan kitaran hidup yang lebih lama untuk sebuah kereta.

BMW-M3_Sedan_2015_1280x960_wallpaper_591

Selain itu, BMW juga membawa pulang anugerah bagi rangkaian kuasa dalam kategori M3/M4.  Perubahan dari kapisiti besar V8 kepada enjin turbocharged 3.0 liter inline 6 yang lebih kecil tidak mendapat sambutan peminat dan dikritik mengenai kehilangan sebahagian dari citarasa dan penampilan prestasi semulajadi.

BMW-M3_Sedan_2016_1024x768_wallpaper_08

Previous post

MIROS Kembali Berkerjasama Dengan SCANIA Mempromosikan Pemanduan Selamat

Next post

Wajah Baharu Kenderaan Elektrik Mitsubishi Outlander Plug-in Hibrid diDedahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *