Imej Pertama Aventador SV Roadster Dikeluarkan
Kami telah menunggu beberapa lama untuk Aventador SV, dan akhirnya imej pertama telah diukeluarkan. Jurugambar automotif Jordan Shiraki mengambil gambar-gambar ini, yang mana kemudiannya telah dikeluarkan di laman web beliau, bersama-sama dengan beberapa spesifikasi dan petikan dari Lambo sendiri. Ia sedikit ganjil, kami menjangkakan gambar pertama sebenar kereta yang datang dari Lamborghini sendiri.
Tidak lama dahulu, Stephan Winkelmann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini mengesahkan hanya 500 unit yang sangat dinanti-nantikan iaitu SV LP750-4 Roadster akan diwujudkan. Ianyan menghasilkan 740 kuasa kuda roadster ini adalah satu yang amat istimewa.
Dengan bumbung boleh tanggal gentian karbon seberat 6kg, Aventador mengekalkan prestasi yang cukup sama dengan versi coupe. Oleh itu, ianya dijangkan membuat pecutan kepada 100km/j dalam masa 2.8 saat dan pada kelajuan tertinggi 356km / h.
No Comment