Berita Auto

Kia, Bermaz Auto Jalin Kerjasama Bangunkan Operasi CKD

Teka-teki mengenai masa depan Kia di Malaysia akhirnya terjawab apabila Kia mengesahkan bahawa ia telah memilih untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Bermaz Auto Berhad (BAuto). Menerusi usaha sama ini, sebuah syarikat baharu iaitu Kia Malaysia Sdn Bhd (KMSB) akan diwujudkan bagi memacu operasi pemasangan tempatan (CKD) kenderaan Kia di negara ini.

Sebagai permulaan, KMSB akan memasang tiga model untuk pasaran Malaysia, bermula dengan Seltos dan Carnival, diikuti dengan model ketiga yang akan diumumkan kemudian. Kia merancang untuk menjadikan KMSB sebagai hab pengeluaran serantau untuk pasaran ASEAN dan pasaran lain yang berpotensi.

Sementara itu, sebuah anak syarikat BAuto iaitu Dinamikjaya Motors Sdn Bhd (DJMSB) telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan Kia bagi pasaran Malaysia. Sebagai wakil pengedar baharu, DJMSB memegang hak untuk mengedar dan menjual kenderaan Kia sama ada model CKD atau CBU, serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan termasuk penjualan alat ganti tulen.

“Setelah berbulan-bulan mencari rakan kongsi yang tepat, Kia gembira untuk menyertai usaha sama Kia dan pengedaran Kia bersama BAuto. Dengan kemampuan BAuto yang sudah terbukti menerusi kejayaannya
membina jenama automotif di Malaysia dan Filipina serta pengalaman mereka dalam pembuatan automotif, kami yakin bahawa kami telah meletakkan jenama Kia di tangan yang baik di bawah kepimpinan pengerusi eksekutifnya, Dato’ Sri Ben Yeoh,” kata Tae Hun (Ted) Lee, presiden dan ketua pegawai eksekutif Kia Asia Pacific.

“Kami berbesar hati diberikan peluang untuk melaksanakan usaha sama Kia dan pengedaran Kia dengan rakan kongsi kami, Kia di bawah Hyundai Motor Group, yang merupakan pengeluar automotif multinasional kedua terbesar Korea dan pengeluar automotif kelima terbesar di dunia,” kata Dato’ Sri Ben Yeoh, pengerusi eksekutif BAuto.

“Kenderaan jenama Kia terkenal dengan penampilannya yang bergaya, dilengkapi dengan ciri-ciri pintar, facelift yang kerap dan pelancaran-pelancaran baharu yang membuatkan pelanggan sentiasa teruja dengan produknya. Usaha sama Kia dan pengedaran Kia akan melengkapi perniagaan automotif Kumpulan sedia ada dan kami mengharapkan kerjasama yang berjaya bersama Kia,” tambah beliau.

Previous post

Kemaskini 2021 Mazda MX-5 RF Di Malaysia Dengan Apple CarPlay

Next post

Kemaskini 2021 Untuk Mazda 6 Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *