Bisnes

Ativa Pacu Jualan Suku Pertama 2021 Perodua

Perodua menganggarkan jualan sebanyak 57,911 kenderaan dalam suku pertama 2021 (1Q21) – kenaikan 29% berbanding 44,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu – berikutan peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan bagi semuamodelnya, terutama sekali Perodua Ativa yang baru dilancarkan.

“Bulan Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kami kepada 24,433 unit, didorong permintaan yang tinggi, terutamanya bagi Ativa, yang telah menerima sebanyak 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan pada 19hb Februari lalu,” kataPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’Zainal Abidin Ahmad.

Pendaftaran Perodua melonjak 47.3% kepada 24,433 unit pada Mac 2021 berbanding 16,583 unit pada Februari 2021.

Dato’ Zainal menambah bahawa daripada 14,574 tempahan Ativa yang diperoleh setakat ini, 4,345 unit telah dihantar sejak pelancarannya pada 3 Mac lalu, dan seperti yang dijangkakan, 67% daripada permintaan setakat ini adalah untuk varian AV.

“Ini menjadikan Perodua Ativa SUV kompak terlaris di negara ini pada bulan Mac. Kami amat bersyukur, Perodua Ativa telah mencapai permulaan yang begitu kukuh dan kami telah berjaya mengatasi sasaran penghantaran bulanan sebanyak 3,000 unit pada bulan pertama.

Dari segi pengeluaran, Dato’Zainal berkata bahawa Perodua telah menghasilkan 60,383 kenderaan pada 1Q21 – kenaikan 23% berbanding 49,280 unit yang dihasilkan pada 1Q20.

“Buat masa ini, cabaran terbesar kami adalah kekurangan cip semikonduktor, yang memberi kesan yang berbeza-beza kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global.

“Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa yang sama memantau keadaan setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran kami berterusan,” katanya.

Previous post

Kemaskini 2021 Untuk Mazda 6 Di Malaysia

Next post

Proton Jual Hampir 15,000 Unit Kenderaan Pada Mac 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *