Sime Darby Auto Selection Perkenal Program Lanjutan Waranti
Sime-Darby Auto Selection (SDAS), pengedar kenderaan terpakai pelbagai jenama di bawah Sime Darby Motors, telah memperkenalkan Program Lanjutan Waranti untuk kenderaan pra-milik yang dibeli dari SDAS.
Program ini merupakan kerjasama antara Guard My Ride (GMR) dan RHB Insurance, di mana GMR bertindak selaku penyedia perkhidmatan tuntutan insurans, tunda dan kerja pembaikan, manakala RHB pula penyedia insurans dan pengunderaitan.
Program tersebut memberikan ketenangan minda kepada pemilik kenderaan pra-milik dengan perlindungan waranti yang menyeluruh serta pembaikan dan servis untuk perkara-perkara berikut:
- Sistem enjin
- Gandar depan/belakang
- Sistem elektronik
- Kebocoran minyak transmisi
- Sistem stereng
- Sistem turbo
- Sistem brek
- Sistem pendingin hawa
- Sistem pencucuhan
- Sistem bahan api
- Sistem transmisi
Bukan itu sahaja, program ini juga menawarkan servis tunda ke bengkel panel untuk pembaikan dan servis, serta proses perlindungan insurans dan pengunderaitan insurans.
Menurut SDAS, kenderaan dengan perbatuan bawah 140,000 km dan berusia kurang lapan tahun layak untuk Program Lanjutan Waranti ini, yang ditawarkan antara RM2,200 dan RM6,900 bergantung pada usia dan jenis kenderaan. Program ini boleh dibeli di bilik pameran SDAS Glenmarie.
Untuk maklumat lanjut, layari https://simedarbyautoselection.com.my/.
No Comment