Gaya Hidup / Lifestyle

Jadi Pemandu Bijak Hari Raya Ini

Sambutan Hari Raya adalah masa terbaik untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan menikmati juadah yang enak. Aktiviti balik kampung pada setiap tahun ini juga menyaksikan jumlah kenderaan di atas jalan raya meningkat dengan mendadak.

Justeru, Volkswagen ingin menggalakkan semua agar menjadi menjadi pemandu yang bijak pada musim perayaan ini, demi menikmati perjalanan yang gembira, lancar dan selamat.

VW Infographic01

Enam tip utama yang dikenal pasti oleh Volkswagen adalah:

  1. Bawa kereta anda untuk diperiksa

Pastikan kenderaan berada dalam keadaan terbaik untuk perjalanan balik kampung yang selamat.

  1. Penuhkan tangki minyak kenderaan

Isi minyak sebelum memulakan perjalanan.

  1. Jangan jadi sebahagian daripada kesesakan jalan raya

Periksa jadual perjalanan untuk merancang laluan dan mengelakkan kesesakan.

  1. Bawa bekalan makanan  

Bawa makanan ringan untuk dinikmati sepanjang perjalanan yang jauh.

  1. Pakai tali pinggang keledar!

Jangan sesekali berkompromi dengan aspek keselamatan. Pastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar.

  1. Tidak perlu beratur

Gunakan laluan laju dengan Touch ‘n Go untuk menjimatkan masa di tol.

Bagi memastikan anda boleh memaksimumkan masa bersama keluarga dan mengurangkan masa di atas jalan raya, Volkswagen menggesa supaya semua orang mematuhi masa perjalanan yang dicadangkan oleh PLUS. Cadangan perjalanan ini bertujuan memisahkan trafik dan membuatkan laluan menjadi lebih lancar.

Pada musim perayaan ini, Volkswagen menawarkan peminat jenamanya penjimatan sehingga RM54,000*. Mulai sekarang hingga Julai 2015, model Polo Sedan, Jetta, Tiguan, Passat dan Volkswagen CC ditawarkan tanpa bayaran muka* dan faedah sehingga tujuh tahun*.

Tempah satu sesi pandu uji secara dalam talian dan kunjungi pengedar terpilih untuk menguji model Volkswagen kegemaran anda sebelum 31 Julai. Anda bakal menerima sekeping kad  Volkswagen Touch ‘n Go edisi terhad.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

VW Infographic02

Previous post

Mazda BT-50 Berwajah Baharu diLancarkan

Next post

Volvo Cabar AMG, M Power dan RS.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *