Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Honda SUV e:Prototype: HR-V Versi Elektrik?

Acara Auto Shanghai 2021 yang sedang berlangsung telah menyaksikan kemunculan Honda SUV e:Prototype. Menurut Honda, versi produksi akan memasuki pasaran China pada tahun hadapan sebagai kenderaan elektrik Honda pertama di negara itu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-5

Seperti yang boleh dilihat, bentuk SUV e:Prototype seakan-akan HR-V generasi ketiga yang diperkenalkan pada Februari lalu. Bagaimanapun, ia mempunyai rekaan bampar yang berbeza, manakala jerijinya kini ditutup dengan panel. Ia juga mempunyai jalur lampu LED di bawah garisan hud serta logo Honda bercahaya.

Bahagaian belakang pula menampilkan lampu melintang serta lampu brek ketiga yang diintegrasikan ke dalam spoiler bumbung. Tiada gambar ruang dalaman namun kami menjangkakan yang rekaannya tidak jauh berbeza dengan HR-V. Honda mengesahkan bahawa ia akan hadir dengan sistem Honda CONNECT dengan sokongan kemaskini atas udara (OTA) serta sistem keselamatan dan bantuan pemandu ADAS generasi baharu.

Perincian mengenai trenkuasa juga tidak didedahkan. Apa yang pasti, e:Prototype akan menjadi salah satu daripada 10 kenderaan elektrik Honda yang akan dipasarkan di China dalam masa lima tahun akan datang.

Previous post

Maserati Levante Hybrid Hadir Dengan 330 HP

Next post

Yamaha YZF-R15 Dapat Warna Baharu Untuk 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *