“Volkswagen” Terkena Balik Gurauan April Fool Dan Mereka Kini Disiasat
Volkswagen Group of America mengumumkan syarikat itu akan menukar namanya menjadi “Voltswagen” pada 1 April dan sekarang SEC menyiasat mereka.
Volkswagen tidak asing dengan siasatan-siastan dari pengawal selia. Sebenarnya, mereka cukup kenal satu sama lain di Amerika Syarikat, di mana skandal pelepasan diesel pertama kali diselesaikan. Sekarang, ada siasatan baharu sedang dijalankan. Ia tidak seserius seperti dieselgate, tetapi ia tetap skandal Volkswagen.
Untuk April Fool tahun ini, Volskwagen Group of America berfikiran ia akan agak kelakar untuk menyiarkan kenyataan media yang mengumumkan bahawa syarikat itu akan menukar namanya kepada “Voltswagen” untuk menandakan adanya desakan serius mereka tentang kenderaan elektrik. Jelas kepada kami bahawa ini adalah jenaka yang tidak selaras, itulah sebabnya kami tidak menyiarkannya. Sebenarnya, kami memilih untuk tidak menyiarkan gurauan April Fool mana-mana syarikat kereta tahun ini. Tampaknya tidak sesuai semasa pandemi.
Bagaimanapun, di AS dan banyak negara lain, berita mengenai nama “Voltswagen” yang baharu dianggap sangat serius. Banyak outlet automotif melihat nada kenyataan media mereka agak serius. Oleh kerana ia diterbitkan pada bulan Mac dan ditinggalkan di laman web mereka agak lama merupakan alasan untuk menganggapnya serius. Mereka bahkan menukar logo dan mengadakan kempen media sosial. Ketika syarikat media menghubungi perwakilan PR Volkswagen, mereka mendapat pengesahan bahawa perubahan nama itu benar.
Ia terasa benar. Oleh itu, berita itu disebarkan dan di situlah keadaan mulai serius.
Apa yang terjadi ialah pasaran saham memberi reaksi positif terhadap berita tersebut. Semasa gurauan itu berlangsung, harga saham VW di AS meningkat sebanyak 12.5%. Bila terungkap bahawa itu memang sebuah jenaka, American Securities and Exchange Commission (SEC) memulakan siasatan mereka, menurut Der Spiegel. Mereka kini menyiasat syarikat untuk melihat sejauh mana lawak ini mempengaruhi harga saham mereka.
Volkswagen tidak pernah meminta maaf kerana gurauan itu. Sebaliknya mereka mengeluarkan tweet ini.
What began as an April Fool’s effort got the whole world buzzing. Turns out people are as passionate about our heritage as they are about our electric future. So whether it’s Voltswagen or Volkswagen, people talking about electric driving and our ID.4 can only be a good thing. pic.twitter.com/Rzx8mJgxkT— Volkswagen (@VW) March 31, 2021
Kami tertanya-tanya mengapa syarikat begitu bersemangat untuk mengeluarkan berita palsu ketika masih berusaha membina semula kepercayaan pelanggannya …
No Comment