Bisnes

Proton Catat Peningkatan Jualan Untuk 3 Bulan Berturut-turut

Proton meneruskan momentum jualan pada tahun 2021 dengan mencatat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut pada bulan April, di mana syarikat itu telah menjual sebanyak 15,017 unit bagi pasaran domestik dan eksport. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.18% berbanding bulan sebelumnya dan setara dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 26.7%.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Secara keseluruhan, Proton terus mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam jadual kedudukan penjualan dengan pegangan pasaran untuk tahun ini dianggarkan pada 24.4% sementara jumlah keseluruhan untuk empat bulan pertama tahun ini berada pada 47,843 unit.

Saga kembali ke puncak carta jualan nasional dengan 5,472 unit berjaya dijual pada bulan April. Walaupun jumlahnya sedikit berkurangan berbanding dengan bulan sebelumnya, permintaan untuk produk terlaris Proton itu tetap tinggi dan melebihi jumlah unit yang dibekalkan.

Sementara itu, model SUV Proton terus mencatatkan jumlah penjualan yang kukuh. X50 sekali lagi menetapkan rekod baru bagi jumlah penghantaran apabila 3,583 unit dihantar pada bulan April manakala X70 memperluaskan penguasaannya dalam kategori SUV segmen-C dengan 2,101 unit dihantar. Gabungan 5,684 unit adalah bulan penjualan SUV kedua terbaik bagi syarikat dan hanya sedikit di belakang rekod yang dicapai dalam bulan Mac.

Tiga model Proton yang lain juga menunjukkan prestasi yang baik dan ketiga-tiganya berjaya mengalami bulan terbaik pada tahun 2021. Walaupun mendapat persaingan yang kuat di pasaran sedan segmen-B, Persona berjaya mencapai jualan sebanyak 2,266 unit, memperolehi tempat kedua dalam segmennya. Exora terus mendahului kelas MPV segmen-C manakala jualan Iriz mendapat peningkatan dari permintaan yang tinggi untuk model R3 Edisi Terhad dan ini membolehkannya mencapai bulan penjualan terbaik sejak 2019.

“April adalah bulan yang bagus untuk industri automotif dan selain dari Proton, beberapa jenama lain juga mempunyai bulan terbaik tahun ini. TIV dianggarkan melebihi 56,000 unit kerana semua jenama sedang berusaha untuk memenuhi pesanan penjualan sebelum berakhirnya insentif cukai penjualan PENJANA pada akhir bulan Jun,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eskekutif, Proton Edar.

Previous post

DS 3 Crossback Spotted Di Tengah Kuala Lumpur

Next post

Honda Dedah Model Pengganti BR-V

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *