Berita Auto

BMW 740Le xDrive Kini Dengan Pakej M Sport – RM591,503

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan varian terbaharu dalam barisan 7 Series iaitu 740Le xDrive M Sport. Seperti 740Le biasa yang dilancarkan sebelum ini, ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan di Kulim, Kedah.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-14

Sebagai varian M Sport, model ini tampil lebih agresif dengan M Sport Aerodynamic Package yang membawakan rekaan bampar yang lebih agresif, Shadow Line berglos tinggi serta rim aloi ringan berukuran 19 inci dalam rekaan 647 M. Rim dwitona tersebut dipakaikan tayar ‘run flat’ dan tersembunyi di belakangnya adalah angkup brek M Sport.

Selain itu, 740Le xDrive M Sport turut mendapat bumbung kaca panorama Sky Lounge. Ciri-ciri yang sedia ada pada 740Le seperti lampu hadapan BMW Laserlight dan jeriji ‘kidney’ yang ikonik. Terdapat empat warna yang boleh dipilih iaitu Mineral White, Carbon Black Metallic, Donington Grey, dan Bernina Grey dengan efek Amber.

Di dalam, trim ‘Fineline’ Fine Wood dalam warna hitam dengan efek logam berglos tinggi serta material bumbung BMW Individual Alcantara Anthracite menawarkan suasana yang elegan. Pemandu disambut dengan stereng M Sport serta kerusi ‘Comfort’ yang hadir dengan pelarasan elektrik dan fungsi memori bagi tempat duduk hadapan.

Antara kelengkapan lain yang turut disertakan termasuklah penyaman udara automatik empat zon, BMW Live Cockpit Professional dengan paparan instrumen digital bersaiz 12.3 inci, BMW Navigation System Professional dengan paparan kawalan 10.25 inci, BMW Gesture Control, Head-Up Display, serta sistem Entertainment Professional dengan skrin 10 inci pada tempat duduk belakang.

740Le xDrive M Sport dikuasakan oleh enjin 3.0-liter enam silinder sebaris yang menghasilkan 286 hp dan 450 Nm, serta motor elektrik yang membekalkan kuasa tambahan sebanyak 113 hp dan 265 Nm. Dengan kuasa keseluruhan berjumlah 394 hp dan 600 Nm, sedan mewah ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.1 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

BMW 740Le xDrive M Sport

Kuasa disalurkan ke roda oleh transmisi Steptronic M Sport lapan kelajuan menerusi sistem pacuan semua roda xDrive. Penggunaan bahan api (gabungan) model ini direkodkan pada 2.8 liter bagi setiap 100 km, manakala emisi karbonnya pula adalah 65 g/km.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) 740Le xDrive M Sport adalah RM591,503.05 selepas pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan. Ia didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan bertempoh lima tahun serta program servis berjadual percuma.

Previous post

Mitsubishi Lancer EVO VI Tommi Mäkinen Ed. Pecah Rekod Jualan

Next post

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Versi CKD Dilancarkan - RM673,323

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *