Berita Auto

Toyota Supra Paul Walker Untuk Dilelong

“Nice car. What’s the retail on one of those?”

“More than you can afford, pal. Ferrari.”

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-54

Peminat tegar filem The Fast and The Furious pastinya mengingati babak yang melihatkan perlumbaan antara sebuah Toyota Supra yang dipandu oleh Brian O’Conner, watak yang dimainkan oleh mendiang Paul Walker, dan sebuah Ferrari F355 Spider ini. Adil jika dikatakan bahawa babak ini sedikit sebanyak telah menaikkan nama Supra di mata dunia.

Kini, anda berpeluang untuk memiliki kereta ikonik ini menerusi lelongan yang dilakukan oleh Barrett-Jackson. Harga permulaan tidak dinyatakan namun melihat kepada harga kereta-kereta ikonik JDM yang tidak masuk akal sekarang, kami pasti jentera ini akan dilelong pada harga yang tinggi.

Supra MKIV keluaran tahun 1994 ini bukan sahaja digunakan dalam filem pertama siri Fast & Furious, malah turut membuat kemunculan sebagai jentera milik Slap Jack dalam 2 Fast 2 Furious (2003). Ia dibina oleh Eddie Paul dari bengkel The Shark Shop yang terletak di El Segundo, California.

Selepas filem kedua siri itu, di mana ia menampilkan skema warna emas, Supra ini dikembalikan ke rupa asalnya dengan warna Candy Orange dari Lamborghini Diablo dan motif ‘Nuclear Gladiator’ rekaan Troy Lee pada bahagian sisi. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan spoiler hadapan dan skirt sisi dari Bomex, hud ala TRD, spoiler aluminium APR dan rim Dazz Motorsport Racing Hart M5 Tuner berukuran 19 inci.

Tidak seperti jentera yang dipandu oleh Brian dalam filem itu, unit yang dilelong ini adalah standard. Ia dikuasakan oleh enjin turbo 2JZ-GTE 3.0-liter enam silinder sebaris yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Pembeli akan mendapat dokumentasi yang lengkap serta sijil pengesahan ketulenan.

Previous post

Kereta Penuh Mercun Meletup Di Kota Bahru Satu Maut

Next post

Lagi Kejadian Pemandu Tesla Tidur Sambil Guna Mod Autopilot

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *