Gambar Hari Ini – Alfa Romeo 75 Sports Sedan
Ingatkah anda dengan Alfa Romeo 75 Sports Sedan? Pengeluar kereta Itali ini telah menjual lebih dari 300,000 unit sedan ini di seluruh dunia, menjadikan ia model yang agak berjaya dalam sejarah jenama ini. Malangnya, ia hanya berjaya di Alfa Romeo kerana saingan utamanya, BMW mempunyai E30 3-Series yang lebih popular dengan jualan lebih daripada dua juta buah kereta, mengalahkan pesaing Itali itu.
Malah 75 adalah Alfa yang terakhir dihasilkan oleh syarikat ini sebelum Fiat mengambil alih sepenuhnya. Ia juga adalah saloon Alfa berpacuan belakang yang terakhir. Sejak dari itu arus perdana Alfa tidak dapat bersaing dengan kereta-kereta Jerman. Sekarang kita tunggu Giulia semua baru untuk mencabar BMW sekali lagi.
No Comment