Suzuki Swift 1.2L Dapat Enjin Dualjet Baru Untuk Segmen Penjimatan Bahan Api Terbaik
Suzuki akan menawarkan pada tahun 2015 untuk pembeli Eropah enjin petrol 1.2. liter yang yang baru menggunakan penyuntik bahan api berkembar bagi ekonomi bahan api yang lebih untuk Swift yang sangat popular ini. Walaupun kuasa berkurangan berbanding petrol 1.2 liter sekarang dengan 90PS (89hp) berbanding 94PS (93hp), enjin Dualjet 1.2 liter baru ini peroleh kenaikan tork dengan120Nm di 4,400rpm berbanding 118Nm di 4,800rpm, tetapi yang paling penting, Suzuki mendakwa 16 % peningkatan dalam ekonomi bahan api.
Dibantu oleh penambahan Engine Auto Stop Start (EASS)dan perubahan kecil kepada nisbah gear, Swift 1.2L Dualjet perolehi 4.3l / 100km. pada kitaran penggunaan bahan api gabungan. Tambahan pula, pelepasan CO2 telah dikurangkan kepada 99g / km. Ini bermakna model Swift dengan enjin ini, kini dikecualikan daripada caj VED (Eksais Kenderaan)
No Comment