Berita Auto

Subaru Levorg Menang Best Award NCAP Jepun 2020

Nampak gayanya Subaru Levorg adalah kegemaran NCAP Jepun!

Subaru telah memperkukuhkan reputasinya untuk keselamatan selama bertahun-tahun dengan kemenangan yang tidak terkira dari pengawal selia keselamatan di seluruh dunia. Kini, Levorg mereka telah memenangi “Best Award 2020” dari Japan New Car Assessment Program (JNCAP).

Subaru Levorg mencapai Kedudukan A dalam prestasi keselamatan perlanggaran dan keselamatan pencegahan, ditambah dengan skor tertinggi di antara semua kenderaan yang memperoleh penarafan Lima Bintang pada 186.91 / 190 mata. Lihat hasil penuhnya di sini atau tonton ujian kemalangan di bawah.

Subaru Levorg menjaringkan 5/5 untuk kategori berikut:

  • Uji perlanggaran frontal penuh (tempat duduk pemandu)
  • Uji perlanggaran frontal penuh (tempat duduk penumpang)
  • Ujian perlanggaran frontal ofset (tempat duduk pemandu)
  • Ujian perlanggaran frontal ofset (tempat duduk Penumpang)
  • Ujian perlanggaran sisi (tempat duduk pemandu)
  • Ujian prestasi pelanggaran belakang kecederaan leher (Tempat duduk pemandu)
  • Ujian prestasi pelanggaran belakang kecederaan kecederaan leher (Tempat duduk penumpang)
  • Ujian prestasi perlindungan kepala pejalan kaki
  • Ujian prestasi perlindungan kaki pejalan kaki
  • Ujian peringatan tali pinggang keledar penumpang
  • Ujian sistem brek kecemasan autonomi [car to car]
  • Ujian sistem brek kecemasan autonomi [untuk pejalan kaki pada waktu siang]
  • Ujian sistem brek kecemasan autonomi [untuk pejalan kaki pada waktu malam]
  • Ujian sistem pencegahan Lane departure
  • Ujian sistem pemantauan pandangan belakang
  • Ujian prestasi tinggi lampu hadapan
  • Ujian pencegahan salah guna pedal

Ini adalah Subaru Levorg generasi ke-2 yang diuji dan dianugerahkan. Ia tidak dijual di Malaysia. Generasi pertama Levorg ditawarkan hanya seketika sahaja di sini.

Ini siaran media Subaru dengan lebih maklumat.

PRESS RELEASE

SUBARU Corporation today announced that the Levorg won the Best Award 2020 in Japan New Car Assessment Program (JNCAP) conducted by the Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism (MLIT) and the National Agency for Automotive Safety and Victim’s Aid (NASVA).

In JNCAP 2020, the Five Star Award is given to vehicles equipped with automatic accident emergency call system which have received the ‘A rank’ evaluation for both collision safety performance and preventive safety performance. The Levorg has received the “A rank” in the respective safety performance categories and with its Advanced Automatic Collision Notification system available under Subaru Starlink connected services, it has been awarded the JNCAP Five Star Award 2020, Among all the Five Star awarded vehicles, the Levorg has earned the highest overall evaluation points (186.91 out of 190 points) and it has received the JNCAP Best Award 2020.

Pursuing the goal of “delivering happiness to all,” Subaru will continue to enhance safety through its primary, driving, passive, preventive, and newly-added connected safety technologies under its “all-around safety” principle, which underpins enjoyment and peace of mind for all drivers and passengers. Through these efforts, we aim to achieve zero fatal road accidents*1 by 2030.

Previous post

Yamaha NMAX Dapat 2 Warna Kelabu Baharu Untuk 2021

Next post

Inilah Cara Porsche Menyerahkan Kereta Baharu Semasa Pandemik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *