Kereta Q Kembali. Treler Terbaru SPECTRE Sudah Tiba
Sebahagian daripada peminat James Bond pasti masih ingat istilah “Q Car”, yang digunakan untuk menggambarkan sebuah kereta yang disimpan berselubong. Mereka biasanya datang dalam bentuk alat dan pelbagai gizmo-gizmo dan mungkin puncak reka bentuk “Q Car” dalam filem Die Another Day. Kereta-kereta itu mungkin sedikit extreme, dengan Active Camouflage dan sebuah senapang patah pertahanan yang dipasang di atas lobang hud.
Ini mungkin meninggalkan rasa masam dalam mulut pengemar James Bond. Lagipun, ini bukan lagi kerja-kerja spy tersorok – ini adalah cara-cara menonjol Amerika menghadapi masalah yang memerlukan kehalusan. Tema keseluruhan filem James Bond telah menjadi berketerlaluan untuk dipercayai, dan serupa dengan Casino Royale ia telah memutuskan bahawa pendekatan terkawal adalah perlu.
Kereta-kereta pun kurang dalam filem ini. Filem terakhir James Bond menggunakan Aston Martin klasik sebagai “kereta wira”, untuk tempoh yang teramat singkat. Kali ini, kita lihat Bond diberi kereta konsep DB10, dan ia dipenuhi dengan tricks. Sekurang-kurangnya, mengikut treler, kita boleh mengharapkan beberapa flamethrower semasa scene kejar mengejar kereta Bond dan Encik Hinx.
No Comment